Quantcast
Channel: CAHAYA KEHIDUPAN TAUHID
Viewing all 737 articles
Browse latest View live

Barisan ulamak Kedah bersama Sultan Abdul Halim

$
0
0

Barisan ulama Kedah tahun 90an(Ajk Fatwa Negeri)


Berdiri barisan belakang dari kiri: 

Allahyarham Tuan Guru Dato' Hj. Hussein (Pondok Langgar), Allahyarham Tuan Guru Dato' Hj. Aziz B. Tuan Guru Hj Ibrahim (Pondok Pekan Pendang), Allahyarham Ust Yaacob Senawi, Tuan Guru Dato' Syeikh Zakaria B. Awang Besar (Pakar Rujuk Kitab² Arab), Allahyarham Tuan Guru Ustaz Talib (Guru Maktab Mahmud) dan berdiri akhir Allahyarham Yang Arif Dato' Hj Syeikh Ahmad (Mantan Kadi Besar dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kedah)


Duduk barisan hadapan dari kiri:

Allahyarham Haji Sulaiman Daud , Allahyarham Dato' Setia Jaya Dato' Syeikh Yusof B. Ismail(Yang DiPertua Jabatan Agama Islam Kedah-JAIK), Almarhum Tunku Abd Malek (Raja Muda Kedah), Almarhum Tuanku Sultan Abd Halim Muadzam Shah (Sultan Kedah), Allahyarham Dato' Mursyid Diraja Tan Sri Dato' Paduka Syeikh Abd Majid B. Mohd Noor (Mantan Pengetua Maktab Mahmud, Mantan Yang DiPertua JAIK, Mantan Mufti Kedah, Mantan Pengerusi Zakat Kedah, Mantan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Pakar Rujuk Ibadat Haji LUTH - Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan), Allahyarham Dato' Mursyid Diraja Tuan Guru Dato' Hj Ahmad Tajuddin (Pondok Melele, Jitra dan Mantan Mufti Kedah) dan duduk akhir Sheikh Ismail Omar (Kadi Besar Negeri Kedah)

 


Tuan Guru Haji Rifaee meninggal dunia

$
0
0

 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Telah kembali ke rahmatullah permata ulama Kedah , ulama sufi Kedah Tuan Guru Haji Rifaee

AL FATIHAH.




Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah beliau, rahmatilah beliau, maafkanlah beliau, muliakanlah beliau.

Moga beliau rehat dan mendapat syafaat Rasulullah

#permataulamakedah

Isnin 24 safar 1442

12 Oktober 2020 .

Tuan Guru Haji Rifaee dalam kenangan.

$
0
0

Solat jenazah dan pengkebumian Tuan Guru Haji Rifaee . Perjalanan terakhir Tuan Guru yang disayangi ummah pada hari Isnin 24 Safar 1442 / 12 Oktober 2020.

Moga Tuan Guru Rifaee diampunkan segala dosa dan dirahmati oleh Allah. Moga Tuan Guru dapat syafaat Rasulullah. Selamat berehat dengan tenang. Moga kami istiqomah seperti mu . Moga dengan keberkatan beliau dan ulama Aulia yang lain moga kita semua selamat dunia Akhirat.

Salam takziah buat seluruh keluarga Tuan Guru  dan seluruh murid murid dan pecintanya.

Imam solat jenazah , anakanda Almarhum Tuan Guru , Ustaz Atiq Kullah.

Imam solat jenazah kali ke 2 Ustaz Ismail Mahmud .

Imam Solat jenazah kali ke 3 Habib Muhammad Ali Jufri.

Hujan mengiringi jenazah ke perkuburan dan setelah selesai doa talkin.

Antara yang hadir solat jenazah MB Kedah Muhammad Sanusi Md Nor ,  Tuan Guru Syeikh Aminuddin  Bin Abdul Rahim , Ustaz Marzuki Yusof , Ustaz Ismail Mahmud , Syeikh Nazrul Nasir , Tuan Guru Wan Izuddin , Tuan Guru Ridhouddin NAAM , Tuan Guru Haji Rauf Hj Awang, Tuan Guru Hj Adnan Karangan , Tuan Guru Mohamad Nasir , Ustaz Ahmad Yahaya , YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim , Ustaz Fauzi Tahir , Syeikh Faisol Omar , Ustaz Wadi Anwar , Ustaz Shahul Hamid , Ustaz Azhan Ishak , Ustaz Pakngah Azhar dan ramai lagi ulama pondok , guru guru Pertubuhan Hesa Kedah dan asatizah Kedah yang hadir dari kalangan murid dan pecinta almarhum Tuan Guru Rifaee.

#permataulamakedah

#ulamapondok

#ulamasufi

#ulamaahlisunnahwaljamaah


































 







Kata hikmah Syeikh Mutawalli Syarawi

$
0
0

 TUJUH KATA-KATA HIKMAH SYEIKH MUTAWALLI SYA'RAWI YANG MASYHUR


1-Jika kamu tidak mampu berkata benar maka janganlah kamu bertepuk tangan kepada kebatilan.

2- Jika tiada orang dengki kepada kamu maka ketahuilah sebenarnya kamu adalah seorang yang gagal.

3- Jangan kamu bimbang dengan perancangan manusia kerana yang paling hebat mereka mampu lakukan hanyalah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah ianya berlaku.

4- Tiada seorang pun mampu membuat keputusan dalam kerajaan@milik Allah melainkan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah.

5- Jangan kamu menyembah Allah supaya Dia memberi sesuatu kepada kamu bahkan sembahlah Dia supaya Dia reda. Jika Dia reda pasti kamu akan terpegun dengan pemberianNya.

6- Jika kamu melihat ada orang miskin di negara orang Islam maka ketahuilah ada orang kaya yang telah mengambil haknya.

7- Tiada kebimbangan bagi orang yang mempunyai bapa...bagaimana pula boleh merasa bimbang orang yang mempunyai Tuhan.


12 Rabiul Awal 1442 di Hadramaut Yaman

$
0
0

12 Rabiul Awal 1442 di Hadramaut Yaman.

Sambutan bersama kibar ulama Yaman para Habaib , masyaikh dan masyarakat di sana.



















 

Maulidur Rasul 1442 / 2020 bersama Ulama Fatani

$
0
0


Maulid Akbar 

Di Fatani Darussalam 1442 / 2020

Bersama ulama Pondok Fatani Darussalam.



















 

Maulidur Rasul - kuliah dhuha Masjid Sultanah Bahiyah tahun ke 5

$
0
0




ALLAH takdirkan sempa sambut Maulidur 
Rasul sebelum PKPB . Maulidur Rasul anjuran kuliah Dhuha Masjid Sultanah Bahiyah tahun ke 5.
22 Rabiul Awal 1442 / 8 Nov 2020.

Tahniah pengurusan dan ajk kuliah serta ahli jemaah kuliah yang menganjurkan majlis bersama memuliakan mentakzim Maulidur Rasul...
Moga semua peroleh kebaikan keberkatan dunia akhirat.

Rakaman majlis

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5327564110603189&id=100000489592799

https://youtu.be/GI1tAv3oie4

Kehadiran tahun ini 
Tuan Guru Baba Khairul Anuar , Habib Muhammad Al Jufri , Habib Muhammad Mahdaly , Tahfiz Intan.

Tuan Guru Syeikh Aminuddin tahun ini tak dapat bersama sebab mesyuarat ajk fatwa pada 8.11.2020 bincang masalah PKPB

Tuan Guru Ustaz Johari Morad sibuk urus pelajar nak pulang sebab PKPB.

Alhamdulillah tahun ini ALLAH sempurnakan sambutan Maulidur Rasul walaupun dalam sausana SOP dan dalam keadaan buat perisiapan PKPB.
Kehadiran hampir 500 orang Alhamdulillah.
Moga semua peroleh barokah.


























 



Maulidur Rasul - Majlis Talim Asyairah tahun ke 6

$
0
0


Kenangan sambutan Maulidur Rasul -
Majlis Talim Asyairah tahun ke 6 .

19 Rabiul Awal 1442 / 5 Nov 2020

Alhamdulillah.

Terima kasih semua yang menjayakan majlis dari kalangan tetamu ulama , pemuji Rasulullah sekitar Kedah , yang berkhidmat menjayakan majlis , yang memberi sumbangan menjayakan majlis kali ini. Moga ALLAH anugerah ganjaran yang sebaiknya kepada kita semua.

Tahun ini sambutan amat sederhana disebabkan musibah covid 19 . Majlis kali ini tidak diiklan umum disebabkan tempat terhad.

Tahun tahun sebelum ini majlis Maulidur Rasul anjuran Majlis Talim Asyairah  diadakan di Masjid atau di Dewan. Tetapi tahu ini kehadirian amat terhad , hampir hampir seratus orang sahaja.
Moga Allah angkat musibah ini.

Doakan moga ALLAH Kurnia tempat yang sebaik baiknya untuk saya ,agar dapat mendirikan majlis dengan selesa.

Moga tahun tahun akan datang jika panjang umur dan diberi rezeki kelapangan moga dapat kumpul dalam majlis kerohanian yang lebih baik dari tahun ini Insya ALLAH.































 


Jamiyyah ulama Fatani Darussalam sambut Maulidur Rasul besar besaran 1442 / 2020

$
0
0

Kali pertama Jamiyyah ulama Fatani Darussalam menganjurkan Majlis Maulidur Rasul di tapak kompleks Jamiyyah Ulama Fathoni Darussalam : สภาอูลามาอฺ ฟาฏอนีย์ ดารุสสลาม มูลนิธิ

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=369695797570433&id=229692793821873


Ucapan dari :

Tuan Guru Baba Abdul Karim Dala.

Dr Kamil Bandar.

Dr Abdul Qadir Yala.

Dr Ahmad Rifae Lubnan.

Baba Zu Pulau Kapas pendakwah bebas.

Ustaz Nawawi Teluban pendakwah bebas.

Habib Hassan Ahdal.

Tuan Guru Babaismailsepanjang Alfatoni.

Doa oleh Tuan Guru Baba Abu Bakar / Baba Ma Mawi.

Alhamduillah.

Sejarah jamiyyah ulama Fatani menghidupkan amalan ulama yang terdahulu menzahirkan syiar mentakzim Rasul yang kita amat cintai.

12.11.2020

#jamiyyahulamafatani

#ulamapondokfatani

#ahlisunnahwaljammah.

Ya Allah moga tahun tahun kehadapan direzekikan untuk sama sama ulama Fatani rai majlis Maulidur Rasul di Fatani bersama insan insan yang dikasihi.















 

Maulidur Rasul di Puncak Gunung Jerai - Masjid Pertama di Kedah.

Haul Imam Al Habsyi 1442 / 2020

$
0
0

🔈 *مجالس الذكر وأساس التقرب إلى الحق بالفرائض ونيل المحبة بالنوافل والاتباع*

🎙 مذاكرة العلامة الحبيب عمر بن محمد بن حفيظ

🕌 في مولى العرض بحارة النويدرة، مدينة تريم

📆 ليلة السبت 20 ربيع الثاني 1442هـ

▶️ للاستماع والحفظ 🔽

http://alhabibumar.com/Lecture.aspx?SectionID=8&RefID=25999

_

▫️ T.me/HabibOmar

▫️ Facebook.com/HabibOmarCom/













 

Haul Habib Muhammad Al Haddar

$
0
0

Haul Habib Muhammad Al Haddar
Di Kedah tahun ke 2.

Maulid dan Haul Arif billah Al Alim Al Alamah Habib Muhammad Al Haddar 
Jumaat 
25 Rabiul Akhir 1442
11 Dis 2020

5.30 petang hingga 10.30 malam

Maahad Tahfiz Intan,
Lot 11559 Kg Teluk Sg Layar 08000 Sg Petani Kedah.

Tertib
5:30 petang bacaan Al Quran 30 Juzuk
6:45 Bacaan Wirdul latif
7:15 - Solat Maghrib
- Doa Khatam & Tahlil
8:20 - Solat Isya
-Maulid Al Mudhorriah
9:20 - Bacaan Manaqib Habib Muhammad Al Haddar
- Tausiah & Taujihat oleh Ulama yang hadir
10:30 - Jamuan makan



 

Haul Habib Muhammad bin Abdullah Al Haddar kali ke 2 di Kedah

Wali Allah , aulia yang dikasihi.

$
0
0

Moga di  Akhirat bersama mereka yang dicintai.

Moga Allah kurnia rezeki kerohanian kepada kita seperti mereka telah rasai keniamatan Iman dalam hidup mereka didunia hingga akhir hayat mereka.

Al Fatihah untuk semua mereka dalam gambar ini dan aulia yang lain.

 

Al Fatihah buat Tuan Guru Haji Salleh bin Musa

$
0
0


 Sama kita hadiahkan Fatihah buat 

Almarhum Tuan Guru Haji Salleh bin Musa dan ulama serta aulia yang lain.


Ulama Tua Kedah.

$
0
0


 Takdir Allah ziarah Ulama Tua bersama sahabat Ustaz Syafiq Majlis Agama Islam negeri Selangor bahagian Mualaf.

1. Tuan Guru Dato Ahmad Kuala Nerang

2. Tuan Guru Haji Abdullah Bukit Lada

3. Tuan Guru Haji Jusuf Tobir Pendang

4. Tuan Guru / Tok Ndak Haji Bakar

5. Tuan Guru Baba Mad Kupang Baling

6. Tuan Guru Haji Ahmad Ziyadi SP.

Semua mereka panjang umur, sentiasa dirahmati Allah , Istiqomah dan ahkir hayat dengan husnul khatimah.

Kenangan 23 - 25 Dis 2020.



















Tuan Guru Baba Mad Kupang.

$
0
0

Tuan Guru Baba Mad Kupang Baling.

Beliau merupakan ulama asal dari negeri Fatani Darussalam. Keluarga besar pondok Bendang Kuchil Fatani .

Beliau merupakan guru kepada ramai guru guru pondok di Kedah khusus dalam bidang ilmu tasawuf .

Moga Allah panjangkan usia beliau dan istiqomah beliau dalam iman dan akhir kehidupan dengan husnul khatimah.

Antara pesan beliau semasa ziarah Khmis 24 Dis 2020.

Kita perlu usaha semoga Allah jadikan kita orang yang hati hidup.( Macam mana ) bagaimana dikatakan hati hidup iaitu badan kita didunia tetapi hati kita di akhirat iaitu mengekali mengingati Allah ( syuhud)


Beliau berpesan :

Antara petua latihan agar hati kita mengingati Allah bacalah 

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ.

Sebanyak 90 kali sehari.


Beliau mengatakan orang yang hidup hati ini kurang diakhir zaman ini , jika ada sekalipun banyak yang menyendiri , sembunyi diri mereka .


Melihat sosok tubuh dan kehidupan beliau dapat kita rasai seperti mana apa yang terdapat dalam kitab minhaj. Beliau menghabiskan masa beliau dengan mengingati Allah . Zuhud , wara , kuat amaln , kuat riadah .


Pernah seorang koprat ziarah Tuan Guru dan melihat keadaan rumah beliau agak panas , bagi memastin kesihatan Tuan Guru terjaga maka koprat budiman menawarkan untuk memasang syiling di rumah Tuan Guru , dalam hal keadaan begitu pun beliau berat untuk menerima bantuan itu. Tetapi akhirnya oleh kerana ikhlas hati koprat itu Allah mempermudahkan urusan untuk memasang syiling dirumah tuan guru. Zuhudnya beliau bukan beliau meminta bahkan yang orang nak bantu pun beliau masih berat untuk terima tawaran itu. Hal ini diceritakan oleh anakanda beliau abg Abdullah.

Kebetulan beliau kurang nampak sekarang ini.Antara perkataan beliau , antara hikmah Allah buat ( jadikan) mata tak nampak ( rabun) setengah dari hikmah Allah nak pelihara kita dari maksiat mata. 

Masyallah apakah yang beliau lihat maksiat ? sedangkan beliau tinggal di pedalaman tiada maksiat mata disekeliling rumah beliau. Beliau banyak menyendiri di rumah. Masyallah hebatnya makrifah yang telah Allah zahirkan kepada orang yang Allah kasih.

Jauhnya kita dengan mereka .

Allah jadikan hati mereka hidup iaitu sentiasa ingat Allah dan ingat akhirat.

Sedangkan kita asyik dengan dunia , lalai . Banyak masa kita habis dengan handphone terkadang siang malam dengan handphone , game , fb , whatssap dan lain lain terkdang kita tak terasa rugi masa dengan kelalaian yang tidak membawa faedah Akhirat.

Sedangkan ahli makrifah, ahli yang Allah hidupkan hati mereka ,mereka dapat mengenal yang mana permata yang mana kaca yang mana menafaat yang mana mudarat yang mana berharga yang mana yang tidak berharga. Mereka memperbanyak amal ketaatan dan meninggalkan perkara sia sia yang tidak mendatang faedah bagi akhirat.

Juahnyan kita dengan mereka...

Banyak kita berdoa agar moga moga Allah jadikan hati kita hidup seperti mereka . Moga kita diberi rezeki oleh Allah agar dapat makrifah zauqiah seperti mereka .

Kennagan ziarah ulama Tua Kedah

23- 25 Dis 2020.

Catatan Helmi Assyafie 

28 Dis 2020.



 

ISLAMI Kedah ziarah ulama tua Kedah

$
0
0


Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia - ISLAMI cawangan Kedah bersama pengerusi Ustaz Wadi Annuar  menziarahi ulama  Tua Kedah di Baling . Turut bersama wakil AJK ISLAMI pusat Ustaz Aizuddin Hakim .

Antara ulama yang sempat diziarahi hari ini 

3 Jan 2021.

1. Tuan Guru Baba Ahmad Kupang Baling

2. Tuan Guru Wahab Hassan /Awang Lanai.

Moga Allah rahmati ulama tua dan seluruh ulama Kedah dan ulama ahli sunnah wal jammah yang lain. Moga panjang usia mereka dalam taat dan istiqomah dan husnul khatimah.

#ISLAMIKedah

#Ahlisunnahwaljamaah

#Ulamapondok


 

Syaikh Ali Jaber meninggal dunia.

$
0
0

Berita duka.


وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ

 رَاجِعُون

Turut berbelasungkawa yang mendalam atas wafatnya

Syeikh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber

(Guru dan Dai ilallah) 

Di RS Yarsi Hari ini, 14 Januari 2021

1 Jumadil Akhir 1442 H

Jam 08.38 WIB

(dalam keadaan Negatif Covid, info dari Al-Habib Abdurrahman Alhabsyi, Ketua Yayasan Syekh Ali Jaber)


Semoga segala amal ibadah Beliau diterima oleh Allah ﷻ dan ditempatkan di Surga bersama Rasulullah ﷺ


Aamiin


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

@habibomarcom

@alwafa_id

@majelis_almuwasholah 

@habibumar_indonesia

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


#habibumar #habibumarbinhafidz #habibomar #habibumarindonesia #habibumar_indonesia


 

Memerlukan zakat dan sumbangan untuk guru guru pondok

$
0
0

 Zakat dan sumbangan diperlukan untuk bantu rakan rakan saya dari kalangan guru guru dan pelajar pondok yang terkesan dengan PKP.


Saya Helmi Assyafie menyeru kepada yang berkemampuan untuk sama sama bantu ringankan beban rakan rakan saya dari kalangan guru guru dan pelajar pondok.


PKP yang lalu kami telah agihkan bantuan untuk guru guru khusus buat guru dan pelajar pondok . Selain itu warga emas dan ibu tunggal.

Sesiapa yang ada zakat dan sumbangan boleh bersama sama kami membantu meringankan beban mereka.

Kita lancarkan program ini bermula 15 Jan 20201 hingga 26 Jan 2021 dalam tempoh PKP / PKPB ini.

Sesiapa yang ingin salur bantuan sumbangan dan zakat boleh salur melalui 

Akaun Maybank

Atas nama:

Talim Asyairah

552095214534

Sebarang sumbangan sila maklum sama ada zakat atau sumbangan untuk tujuan rekod . 

Sila nyatakan laporan ke no wahatssap

Helmi Assyafie 0134044259

Tolong panjangkan kepada rakan rakan yang ingin bersama dalam kebajikan ini.

Viewing all 737 articles
Browse latest View live