Quantcast
Channel: CAHAYA KEHIDUPAN TAUHID
Viewing all 736 articles
Browse latest View live

Barisan hadapan negara - terima kasih.

$
0
0
Alhamdulillah

Terima kasih
Abah
Pak Long ,Pak Ngah , Pak Lang ,Pak Su dan semua barisan hadapan negara yang bekerja kuat demi memastikan rakyat selamat dari wabak covid 19.

Alhamdulillah,
Allah hantar insan insan ini menjaga rakyat semasa musibah covid 19. Kami bersaksi mereka khidmat yang terbaik buat negara.






Jangan berdebat dengan orang jahil

$
0
0
IINGAT LAH
Janganlah bergelut melawan babi di dalam lumpur, tubuh mu akan kotor sedangkan babi akan menikmati permainan itu, kerana berlumuran dgn kekotoran merupakan gaya hidupnya. Inilah perumpamaan agar kamu
berhati-hati melayani perdebatan dgn org yg berkelakuan bodoh & dungu, kerana kamu lebih mulia dari apa yang mereka kerjakan. Jika kamu terseret di dlm kedunguan dan dendam dgn melayani perdebatan itu, maka nilai dan martabatmu akan berkurangan, sementara orang dungu akan menikmati kedunguannya. Alangkah banyak orang seperti itu dalam dunia kita.

Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai

$
0
0
Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Omar Zuhdi ( 1919 - 1994 )

Diantara alim ulamak yang mahsyur di Negeri Kedah pada tahun 1900an ialah Tuan Guru Haji Omar Zuhdi . Beliau merupakan pengasas Pondok Misbahul Falah di Baling , Kedah .

Beliau lahir di Kampung Chekok , Pengkalan Chepa, Kelantan dan dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan .

Sewaktu mengaji di pondok beliau sering kelaparan kerana tidak mempunyai wang lalu di ambilnya upah beberapa perkerjaan seperti menjahit atap rumah kampung dan mengangkat baja kelawar dari gunung sekitar baling . Pernah juga diceritakan oleh anaknya bahawa ketika belajar dulu beliau terlalu lapar sehinggakan terpaksa mengikat batu di perut sehingga 3 hari .

Tuan Guru Haji Omar telah menuntut ilmu dari ramai ulamak besar dan alim di maqam ilmu mereka . Pada umur 17 tahun , beliau merantau ke Kedah dan Patani bagi mendalami ilmu agama dan seterusnya ke Mekah sebagaimana yang sedia maklum diantara pusat pengajian Islam terbesar ketika itu . Diantara guru beliau ialah :

1.  Tuan Guru Haji Abdul Ghani - Pondok Pulau Berangan
2. Tuan Guru Haji Ali Salahuddin - Pondok Pulau Pisang
3. Pak Chu Him - Pondok Gajah Mati
4. Syeikh Ustman Jalaluddin Penanti al Kalantani - Pondok Penanti
5. Tuan Guru Haji Sulong - Pondok Cemara
6. Tuan Guru Haji Yahya Kupang - Pondok Kampung Pisang
7. Syeikh Abdul Qadir al Mandili - Pengarang Kitab Penawar Bagi Hati
8. al-Muhaqiq Pak Da Eil Mekah
9. Syeikh Ali al-Maliki - Ketua Feqh 4 Mazhab Mekah
10. Syeikh Hassan al-Yamani - Mufti Terengganu
11. Syeikh Hassan Masyath
12. Syeikh Afnani al-Jawwa
13. Syeikh Abdul Rahman Jabad
14. Syeikh Ku Jalil al-Qodhi
15. Syeikh Pak Nik Leh al-Kalantani
16. Syeikh Muhammad Yasin Syobari Negeri Sembilan
17. Musnid Dunyya Syeikh Muhammad Yasin Isa al-Fadani
18. Syeikh Muhammad Ahid - Mekah
19. Syeikh Muhammad Daud Sulaiman al-Kelantani - Mekah

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Salleh Musa - Madrasah Rahmaniah
2. Tuan Guru Haji Awang Lanai - Pondok Ustaz Awang
3. Tuan Guru Haji Jusoh Tobiar - Pondok Penyarom
4. Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Umar al-Belantiki
5. Tuan Guru Haji Rifae - Pondok Zuhdiah Carok Salang
6. Tuan Guru Haji Taib - Pondok Tembak
7. Tok Ayah Musa Tumpat
8. Tuan Guru Haji Ayub @ Pak Su Yob
9. Tuan Guru Haji Syafie - Pondok Hatnyai
10. As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya
11. Tuan Guru Haji Abu Bakar Ibrahim - Pondok Bandar Hilir
12. Ustaz Azahar Hashim al-Hadhrami
13. Syeikh Ali Abdul Qadir at-Tohiri - Mudir Alamiyah Institute London
14. Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Haji Romli - Pengasas Yayasan Mujammak Darul Hadis
15. Tuan Guru Haji Ramli Belantik

Diriwayatkan Tuan Guru pernah belajar di India dan khatam Sunan Sittah serta mahir berbahasa Arab, Urdu dan Parsi.

Beliau diberi gelaran Zuhdi atas sifat zuhud beliau oleh seorang gurunya yang bernama Syeikh Abdul Rahman Jabad iaitu seorang ulamak Sufi di Mekah .

Sewaktu Tragedi Memali yang berlaku pada 1985 . As Syahid Ustaz Ibrahim Libya telah berjumpa dengan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi bagi bertanyakan beberapa pekara dan akhirnya hadir semangat jihad fisabilillah didalam diri Ustaz Ibrahim Libya . Tuan Guru Haji Omar Zuhdi juga diantara ulamak yang sepakat mengatakan bahawa 13 syuhada memali itu mati syahid .

Tuan Guru Haji Omar Zuhdi meninggal dunia pada usia 75 tahun dan dikebumikam jasadnya di Kampung Parit Panjang , Baling ( Berhadapan Masjid Omar Zuhdi ) .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

Sumber -  http://nurisaomar.blogspot.com/2017/10/biodata-ringas-tuan-guru-omar-zuhdi.html?m=1

Article 14

$
0
0
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْه رَاجِعُون
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ
Ya Allah, Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.
Takziah buat seluruh ahli keluarga

Naqib ringkas Imam Muhammad Al Mahdi

$
0
0
Naqib ringkas Imam Muhammad Al Mahdi Ibni Muhammad Ibni Ali Al Sanusi.

Sumber Pertubuhan Tarekat Muhammadiah - FATIM


ISLAMI Kedah

Baba Khairul dan Syeikh Fuad Rembau

$
0
0

 Dua permata tokoh ilmuan ahli sunnah wal jamaah .
Tokoh dari Kedah Tuan Guru Baba Khairul Anuar mudir Pondok Gajah Tiryaq dan dari Negeri Sembilan Tuan Guru Syeikh Fuad pengerusi Pertubuhan Pertubuhan Tarekat Muhammadiah - FATIM dan Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara.

Turut bersama Ustaz Man Sungai Petani wakil Tarekat Ahmadiah Idrisah Kedah.

Mereka membawa manhaj ilmu turath ahli sunnah wal jamaah yang jelas, kukuh serta berjalan atas jalan kerohanian serta bersungguh sungguh mengembangkan ilmu tasawuf dan Tarekat.
Moga gandingan ulama muda ini dan yang lain akan memberi menafaat kepada ummah.





Article 0

$
0
0
 Syeikh Abu Zaki Singapura bersama jemaah Muhibbin Batu Pahat  Johor ziarah Makam Syarif Abu Bakar Shah.

Makam di Masjid Kampung Tualang Tengah , Pokok Sena , Kedah

Sejarah.
Raja Ligor Berdarah Ahlul Bait Gugur Syahid Di Kedah, Dibunuh Oleh Siam.
Yamtuan / Yang Dipertuan Syarif Abu Bakar Shah Ibni Yamtuan (Syarif) Mahmud (Raja Ligor) Ibni Sultan (Syarif) Sulaiman Shah (Sultan Singgora Darussalam) Ibni Dato Monggol.
Baginda merupakan Gabenor / Raja Islam pernah memerintah kerajaan Islam Ligor. Kerajaan Ligor merupakan kerajaan yang kukuh dan berpengaruh. Buktinya semasa pemerintahan baginda dan ayahandanya Yamtuan (Syarif) Mahmud adalah dapat dilihat melalui wujudnya kesan tembok Kota Ligor yang tersergam indah dan sangat kukuh yang wujud hingga sekarang di tengah Kota Nakhon Si Thammarat.
Baginda merupakan cucu kepada Sultan (Syarif) Sulaiman Shah Singgora / Songkhla. Singgora merupakan kerajaan Islam yang hebat dan berpengaruh. Pengkalan perdagangan Singgora di kenali dunia. Sultan (Syarif) Sulaiman Shah memerintah Singgora dari 1652 - 1668M. Singgora awalnya di buka oleh Dato Monggol pada tahun 1604-1625M.
Syarif Abu Bakar Shah memerintah Ligor dengan aman damai dan makmur. Semasa itu Ayuthaya bergelut berperang dengan Burma 1767M. Burma kalahkan Ayuthaya. Setelah itu tertubuhnya kerajaan Chakri. Chakri membina kekuatan lalu menyerang Ligor pula.
Baginda bersama ahli keluarga dan pengikut lari ke Kedah. Mereka membina tempat perlindungan di Kota Mengkuang Jitra.
Baginda dan anak-anak bernaung di bawah Kedah dan berkhidmat kepada Kesultanan Kedah. Baginda juga merupakan abang ipar kepada Sultan Kedah ke-19, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ii.
Siam menghantar pengintip, mereka mendapati keberadaan Syarif Abu Bakar Shah di Kota Mengkuang. Siam telah melancarkan serangan sebanyak dua kali. Akhirnya Syarif Abu Bakar Shah gugur syahid di Kota Mengkuang. Jasad baginda di bawa lari ke Tualang, Pokok Sena Kedah kerana ramai  ahli kerabat baginda membina perkampungan di Tualang setelah lari beramai-ramai dari Ligor.
Jasad As-Syahid Syarif Abu Bakar Shah mantan Raja Ligor dimakamkan di tanah perkuburan Masjid Tualang Tengah, Pokok Sena, Kedah.

Al-Fatihah

Disediakan oleh :-
Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan
27 Zulkaedah 1441H - 19/07/2020M.






Haji tahun 1441 / 2020 dalam musibah covid 19

$
0
0
 8 Zulhijjah 1441 jemaah haji tawaf qudum secara bersistem , patuh sop ditetap oleh pihak kerajaan Saudi






 9 Zulhijjah
Kiswah Kaabah ditukar. Peringkat awal hujan turun. Salin kisah bermula lebih kurang jam 5 pagi waktu Malaysia .




Barisan hadapan negara - terima kasih.

$
0
0
Alhamdulillah

Terima kasih
Abah
Pak Long ,Pak Ngah , Pak Lang ,Pak Su dan semua barisan hadapan negara yang bekerja kuat demi memastikan rakyat selamat dari wabak covid 19.

Alhamdulillah,
Allah hantar insan insan ini menjaga rakyat semasa musibah covid 19. Kami bersaksi mereka khidmat yang terbaik buat negara.





Saidina Abu Ayyub Al Ansari

$
0
0
Abu Ayyub al-Ansari r.a (587 - 668) atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Bani An-Najjar. Beliau mendapat penghormatan kerana Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah semasa baginda berhijrah ke sana dari Mekah.

Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan orang-orang Ansar bercita-cita supaya Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi s.a.w secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka kemudian Nabi bersabda kepada mereka: (Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan). Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub Al-Ansari r.a.

Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah s.a.w menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi s.a.w seolah-olah beliau membawa khazanah dunia kemudian terus masuk ke rumahnya.

Sebelum kediaman tetap baginda Rasulullah s.a.w dibina di sekeliling masjid baginda, baginda menumpang selama 7 bulan di rumah A bu Ayyub al-Ansari.[1] Rumah Abu Ayyub mempunyai dua tingkat. Pada mulanya, beliau meminta baginda untuk tinggal di tingkat atas kerana tidak berasa senang apabila kakinya berada di atas kepala nabi ketika berada di rumah. Namun baginda tetap mahu tinggal di bawah supaya mudah untuk baginda menerima tetamu.

Walau bagaimanapun, akhirnya permintaan Abu Ayyub supaya baginda tinggal di tingkat atas dipersetujui oleh baginda setelah berlaku suatu peristiwa. Pada suatu hari, bekas air telah pecah menyebabkan air bertakungan di atas lantai di tingkat atas dan hampir menitis ke tingkat bawah melalui celah-celah lubang lantai. Oleh sebab risau jika air itu menitis ke atas kepala baginda nabi, beliau dan isteri bertungkus-lumus mengeringkan air itu. Disebabkan risau kejadian seperti itu berulang lagi, Abu Ayyub besungguh-sungguh meminta Rasulullah s.a.w untuk tinggal di tingkat atas.

Pada setiap malam, Saad bin Ubadah, As'ad bin Zurarah dan Zaid bin Thabit akan berkawal di rumah Abu Ayyub kerana riasu akan keselamatan baginda nabi. Makan minum baginda nabi disediakan oleh isteri Abu Ayyub, iaitu Ummu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub sekeluarga hanya makan lebihan makanan yang ditinggalkan oleh baginda. Selain makanan yang disediakan oleh keluarga Abu Ayyub, setiap hari akan ada sahabat-sahabat lain yang menghantarkan makanan kepada baginda. Kebiasaannya apabila ada sahabat yang menghantarkan makanan kepada baginda, Nabi Muhammad s.a.w akan memanggil para sahabat baginda untuk makan bersama-sama. Menurut riwayat, sahabat yang pertama menghantarkan makanan kepada baginda ialah Zaid bin Thabit sementara yang paling kerap menghantarkan makanan ialah Saad bin Ubadah dan dan As'ad bin Zurarah.

Sepanjang beliau menyediakan makanan kepada nabi, Abu Ayyub mengetahui amalan pemakanan baginda yang tidak mengambil bawang. Pada suatu hari, Ummu Ayyub memasak makanan yang dicampur dengan bawang dan mendapati baginda langsung tidak menyentuh bawang dalam hidangan tersebut. Nabi menjelaskan sebab baginda mengelak daripada memakan bawang adalah kerana tidak mahu menyakitkan sahabat baginda. Sahabat yang dimaksudkan oleh baginda itu tidak lain tidak bukan ialah para malaikat.

Beliau terlibat dalam peperangan menentang kerajaan Rom Byzantine sejak mula perjuangan hinggalah ke zaman pemerintahan Muawiyah. Dalam ekspedisi Khalifah Muawiyah untuk menakluk kota Constantinople, beliau yang sudah tua meninggal dunia akibat jatuh sakit. Beliaulah yang diisyaratkan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud:

"Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikuburkan di bawah kubu kota Constantinople"[2]

Ketika hayat baginda, Nabi Muhammad s.a.w telah meriwayatkan bahawa " Constantinople bakal jatuh ke tangan orang Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat."

Setelah ditanya mengenai wasiat beliau mahu dikebumikan di bawah kubu kota Constantinople, Abu Ayyub menjelaskan bahawa beliau mahu mendengar derapan kuda sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera ketika mereka bergerak masuk ke dalam Constantinople.

Turki Uthmaniyyah mengangkat beliau sebagai idola dalam usaha pembebasan kota Constantinople ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.

Istana Pahang dekat dengan ulama

$
0
0




Istana Pahang muliakan ulama.
Baru baru ini sambutan keputeraan  dianugerahkan Dato' Sri kepada Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man dan sambutan Maal Hijrah dinobatkan kepada Guru Haji Baki Osman sebagai Tokoh Maal Hijrah 1442 Negeri Pahang .

Semoga sausana ini akan diteruskan oleh Istana Pahang dan kerabat istana ngeri negeri lain. Moga ramai lagi tuan tuan guru kita diketengahkan sebagai tokoh masyarakat negeri dan negara Malaysia yang kita cintai.

Satu masa dahulu Sultan dan ulama seiring , rakyat mendapat berkat .


Sejarah Syarif Abu Bakar Shah yang tepat.

$
0
0
Syeikh Abu Zaki Singapura bersama jemaah Muhibbin Batu Pahat  Johor ziarah Makam Syarif Abu Bakar Shah.

Sejarah.
Raja Ligor Berdarah Ahlul Bait Gugur Syahid Di Kedah, Dibunuh Oleh Siam.
Yamtuan / Yang Dipertuan Syarif Abu Bakar Shah Ibni Yamtuan (Syarif) Mahmud (Raja Ligor) Ibni Sultan (Syarif) Sulaiman Shah (Sultan Singgora Darussalam) Ibni Dato Monggol.
Baginda merupakan Gabenor / Raja Islam pernah memerintah kerajaan Islam Ligor. Kerajaan Ligor merupakan kerajaan yang kukuh dan berpengaruh. Buktinya semasa pemerintahan baginda dan ayahandanya Yamtuan (Syarif) Mahmud adalah dapat dilihat melalui wujudnya kesan tembok Kota Ligor yang tersergam indah dan sangat kukuh yang wujud hingga sekarang di tengah Kota Nakhon Si Thammarat.
Baginda merupakan cucu kepada Sultan (Syarif) Sulaiman Shah Singgora / Songkhla. Singgora merupakan kerajaan Islam yang hebat dan berpengaruh. Pengkalan perdagangan Singgora di kenali dunia. Sultan (Syarif) Sulaiman Shah memerintah Singgora dari 1652 - 1668M. Singgora awalnya di buka oleh Dato Monggol pada tahun 1604-1625M.
Syarif Abu Bakar Shah memerintah Ligor dengan aman damai dan makmur. Semasa itu Ayuthaya bergelut berperang dengan Burma 1767M. Burma kalahkan Ayuthaya. Setelah itu tertubuhnya kerajaan Chakri. Chakri membina kekuatan lalu menyerang Ligor pula.
Baginda bersama ahli keluarga dan pengikut berundur ke Kedah. Mereka membina tempat perlindungan di Kota Mengkuang Jitra.
Baginda dan anak-anak bernaung di bawah Kedah dan berkhidmat kepada Kesultanan Kedah. Baginda juga merupakan abang ipar kepada Sultan Kedah ke-19, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ii.
Siam menghantar pengintip, mereka mendapati keberadaan Syarif Abu Bakar Shah di Kota Mengkuang. Siam telah melancarkan serangan sebanyak dua kali. Akhirnya Syarif Abu Bakar Shah gugur syahid di Kota Mengkuang. Jasad baginda di bawa lari ke Tualang, Pokok Sena Kedah kerana ramai  ahli kerabat baginda membina perkampungan di Tualang setelah lari beramai-ramai dari Ligor.
Jasad As-Syahid Syarif Abu Bakar Shah mantan Raja Ligor dimakamkan di tanah perkuburan Masjid Tualang Tengah, Pokok Sena, Kedah.

Al-Fatihah

Disediakan oleh :-
Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan
27 Zulkaedah 1441H - 19/07/2020M.

Kuliah Dhuha Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar

$
0
0
Mula semula !
Kuliah Dhuha Masjid Sultanah Bahiyah selepas cuti PKP.

Kuliah dhuha setiap AHAD dan ISNIN

Ahad
8.30 pagi Syeikh Saad
9.30 pagi Ustaz Helmi Assyafie

10.30 pagi mengikut giliran guru antaranya Tuan Guru Syeikh Aminuddin Abdul Rahim , Tuan Guru Ustaz Johari Morad .

Kuliah Setiap ISNIN:
9.30 pagi Ustaz Helmi Assyafie
10.30 Tuan Guru Baba Khairul Anuar

Patuhi SOP ditetapkan, jaga jarak 1 meter , tidak bersalaman , tulis nama dan suhu.

Sebarang pertanya

012-4085540

Wahabi

$
0
0
Wahabi dari pandangan muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan -Malaysia.

1- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,
2- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,
3- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,
4- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,
5- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,
6- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,
KEPUTUSAN ADALAH MENOLAK PENYEBARAN
FAHAMAN WAHABI KERANA MENGANGGU GUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM

SUMBER: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) &
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENYELIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JAPPIS).

*Ciri-ciri fahaman Wahhabi:*
– Sering merujuk pendapat Ibnu Taimiyyah, al-Albani, Ibnu Qayyim, Abdul Aziz bin Baz dan Ibnu Ustaimin.
– Mengatakan Allah ada di langit bersemayam di atas Arasy.
– Membahagi tauhid kepada tiga:
Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ wa sifat.
– Menolak amalan menyebut lafaz niat solat (USOLLI).
– Menolak amalan menyebut SAYYIDINA ketika berselawat.
– Menolak amalan mengusap muka setelah selesai solat.
– Menolak zikir, wirid dan doa beramai-ramai selepas solat di masjid.
– Menolak amalan bacaan yasin beramai-ramai pada malam Jumaat di masjid.
– Menolak amalan solat terawih 20 raka’at di masjid.
– Menolak amalan bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Sya’ban.
– Menolak amalan membaca doa akhir dan awal tahun.
– Menolak bacaan talqin ketika pengembumian mayat.
– Menolak tahlil dan kenduri arwah.
– Menolak bacaan berzanji dan marhaban.
– Menolak amalan selawat syifak, selawat fatih, selawat nariah, selawat tafrijiah.
– Menolak sambutan maulidur rasul.
– Menolak amalan ziarah makam nabi.
– Menolak bacaan tarhim dan bacaan Al-Quran sebelum azan Subuh menggunakan pembesar suara.
– Mengatakan tiada solat qabliah Jumaat.
– Menolak amalan membaca text ketika khutbah.
– Menolak tasawuf dan tarikat.
– Menolak MAZHAB.
– Mengatakan bid’ah tiada yang hasanah, semua bid’ah adalah sesat.
– Menolak beramal dengan hadis daif.
– Menolak amalan tawassul dengan orang yang sudah meninggal dunia.
– Menolak amalan tabarruk selain dari Nabi saw.
– Menolak amalan isthtighathah.
– Mengatakan talak tiga sekaligus cuma jatuh talak satu.
– Menolak manhaj Asyairah dan Maturidiyah.
– Menolak Sifat Dua Puluh.

*AQIDAH*
1. Membagikan Tauhid menjadi 3 bagian iaitu:
*(a). Tauhid Rububiyyah:*
Dengan tauhid ini, mereka mengatakan bahwa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tauhid.
*(b). Tauhid Uluhiyyah:*
Dengan tauhid ini, mereka menafikan tauhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh jumhur ulama‟ Islam khasnya ulama‟ empat Imam madzhab.
*(c.) Tauhid Asma’ dan Sifat:*
Tauhid versi mereka ini bisa menjerumuskan umat Islam ke lembah tashbih dan tajsim kepada ALLaH Subhanahu wa Ta’ala seperti:
+ Menterjemahkan istiwa’ sebagai bersemayam/bersila.
+ Merterjemahkan yad sebagai tangan.
+ Menterjemahkan wajh sebagai muka.
+ Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ulya).
+ Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk.
+ Menterjemah nuzul sebagai turun dengan dzat.
+ Menterjemah saq sebagai betis.
+ Menterjemah ashabi’ sebagai jari-jari, dll.
+ Menyatakan bahawa ALLaH SWT mempunyai “surah” atau rupa.
+ Menambah bi dzatihi haqiqatan [dengan dzat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat.
2. Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zhahir tanpa penjelasan terperinci dari ulama-ulama yang mu’tabar.
3. Menolak asy-Sya’irah dan al-Maturidiyah yang merupakan ulama’ Islam dalam perkara Aqidah yang diikuti majoriti umat Islam.
4. Sering mengkrititik asy-Sya’irah bahkan sehingga mengkafirkan asy-Sya’irah.
5. Menyamakan asy-Sya’irah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mu’aththilah dalam perkara mutashabihat.
6. Menolak dan menganggap tauhid sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek.
7. Berselindung di sebalik mazhab Salaf.
8. Golongan mereka ini dikenal sebagai al-Hasyawiyyah, al-Musyabbihah, al-
Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah.
9. Sering menuduh bahwa Abu Hasan Al-Asy’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab asy-Sya’irah.Menuduh ulama’ asy-Sya’irah tidak betul-betul memahami faham Abu Hasan Al-Asy’ari.
10. Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat.
11. Sering menuduh bahwa mayoritas umat Islam telah jatuh kepada perbuatan syirik.
12. Menuduh bahwa amalan memuliakan Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wa sallam [membaca maulid dll] membawa kepada perbuatan syirik.
13. Tidak mengambil pelajaran sejarah para anbiya’, ulama’ dan sholihin dengan
dalih menghindari syirik.
14. Pemahaman yang salah tentang makna syirik, sehingga mudah menghukumi orang sebagai pelaku syirik.
15. Menolak tawassul,tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta sholihin.
16. Mengganggap tawassul,tabarruk dan istighathah sebagai cabang-cabang syirik.
17. Memandang remeh karamah para wali [auliya’].
18. Menyatakan bahwa ibu bapa dan datuk Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wa sallam tidak selamat dari adzab api neraka.
19. Mengharamkan mengucap “radhiallahu ‘anha” untuk ibu Rosulullah Shollallohu ‘alaihi wa sallam, Sayyidatuna Aminah.

*SIKAP*
1. Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan
mereka.
2. Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak).
3. Sering mengambil hukum secara langsung dari Al-Quran dan Hadits (walaupun tidak layak).
4. Sering memtertawakan dan meremehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
5. Ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadits yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6. Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu syaz (janggal).

*HADITS*
1. Menolak beramal dengan hadis dho’if.
2. Penilaian hadits yang tidak sama dengan penilaian ulama’ hadits yang lain.
3. Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak
mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadits.
[Bahkan majoriti muslim mengetahui bahwa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadits dan diketahui bahawa beliau belajar hadits secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4. Sering menganggap hadits dho’if sebagai hadits mawdhu’ [mereka mengumpulkan hadits dho’if dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadits tersebut adalah sama]
5. Pembahasan hanya kepada sanad dan matan hadits, dan bukan pada makna hadits. Oleh kerana itu, perbezaan pemahaman ulama’ [syawahid] dikesampingkan.

*AL-QURAN*
1. Menganggap tajwid sebagai ilmu yang menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahabi indonesia yang jahil)

*FIQH*
1. Menolak mengikuti madzhab imam-imam yang empat; pada hakikatnya
mereka bermadzhab “TANPA MADZHAB”
2. Mencampuradukkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq [mengambil yang disukai] haram
3. Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; mereka mengklaim dirinya berittiba’
4. Sering mengungkit dan mempermasalahkan soal-soal khilafiyyah.
5. Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah.
6. Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah Bid’ah.
7. Sering menuduh orang yang bermadzhab sebagai ta’assub [fanatik] mazhab.
8. Salah faham makna bid‟ah yang menyebabkan mereka mudah membid‟ahkan orang lain.
9. Mempromosikan madzhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas keluar daripada fiqh empat mazhab]
10. Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tu’assiru, farrihu wa la tunaffiru”.
11. Sering mengatakan bahwa fiqh empat madzhab telah ketinggalan zaman.

*NAJIS*
1. Sebahagian mereka sering mempermasalahkan dalil akan kedudukan babi sebagai najis mughallazhah.
2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir.

*WUDHUK*
1. Tidak menerima konsep air musta’mal.
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhuk.
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.

*ADZAN*
1. Adzan Jumaat sekali; adzan kedua ditolak.

*SOLAT*
1. Mempromosikan “Sifat Shalat Nabi Shollallohu ‘alaihi wa sallam‟, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh madzhab adalah bukan sifat solat Nabi yang benar.
2. Menganggap melafazkan kalimat “usholli” sebagai bid’ah.
3. Berdiri dengan kedua kaki mengangkang.
4. Tidak membaca “Basmalah‟ secara jahar.
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir sejajar bahu atau di depan dada.
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam.
7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam salyat sebagai perkara bid‟ah (sebagian Wahabiyyah Indonesia yang jahil).
8. Menganggap Qunut Subuh sebagai bid’ah.
9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah.
10. Menganggap mengusap muka selepas solat sebagai bid’ah.
11. Solat tarawih hanya 8 rakaat; mereka juga mengatakan solat tarawih itu
sebenarnya adalah solat malam (shalatul-lail) seperti pada malam-malam lainnya.
12. Dzikir jahr di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah.
13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.
14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah.
15. Menggangap lafazh sayyidina (taswid) dalam solat sebagai bid’ah.
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tasyahud awal dan akhir.
17. Boleh jama’ dan qashar walaupun kurang dari dua marhalah.
18. Memakai sarung atau celana setengah betis untuk menghindari isbal.
19. Menolak solat sunnat qabliyyah sebelum Juma’at.
20. Menjama’ solat sepanjang semester pengajian,kerana mereka berada di landasan Fisabilillah.

*DOA,DZIKIR DAN BACAAN AL-QURAN*
1. Menggangap doa berjamaah selepas solat sebagai bid’ah.
2. Menganggap dzikir dan wirid berjama’ah sebagai bid’ah.
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul ‘azhim” selepas bacaan Al-Qur’an adalah Bid’ah.
4. Menyatakan bahwa doa, dzikir dan shalawat yang tidak ada dalam Al-Qur’an dan Hadits sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khairat, Shalawat al-Syifa‟, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll.
5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram.
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat.
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah.
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah.
9. Menolak amalan ruqiyyah syar’iyah dalam pengobatan Islam seperti wafa‟, azimat, dll.
10. Menolak dzikir isim mufrad:
Allah Allah.
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram.
12. Sering menafikan dan memperselisihkan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban.
13. Sering mengkritik keutamaan malam Nisfu Sya’ban.
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah.
15. Mempermasalahkan kedudukan solat sunat tasbih.

*PENGURUSAN JENAZAH DAN KUBUR*
1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam,para anbiya’,awliya’,ulama’ dan sholihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini.
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur.
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah.
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram.
5. Tidak membaca do’a selepas solat jenazah.
6. Sebagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dikeluarkan dari Masjid Nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik.
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
8. Doa dan bacaan Al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah.

*MUNAKAHAT [PERNIKAHAN]*
1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)

*MAJLIS SAMBUTAN BERAMAI-RAMAI*
1. Menolak peringatan Maulid Nabi; bahkan menyamakan sambutan Maulid Nabi dengan perayaan Kristian bagi Nabi Isa as.
2. Menolak amalan marhaban para habaib.
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan maulid adalah bid’ah.
5. Menolak peringatan Isra’ Mi’raj, dll.

*HAJI DAN UMRAH*
1. Mencuba untuk memindahkan “Maqam Ibrahim as.” namun usaha tersebut telah digagalkan oleh Almarhum Sheikh Mutawalli Sha’rawi saat beliau menemuhi Raja Faisal ketika itu.
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam.
3. Mengubah tempat sa’i di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama Islam dari seluruh dunia.

*PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN*
1. Maraknya para professional yang bertitle LC menjadi “ustadz-ustadz‟ mereka (di Indonesia)
2. Ulama-ulama yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
*a. Ibnu Taymiyyah al-Harrani*
*b. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah*
*c. Muhammad bin Abdul Wahhab*
*d. Sheihk Abdul Aziz bin Baz*
*e. Nasiruddin al-Albani*
*f. Sheikh Sholeh al-Utsaimin*
*g. Sheikh Sholeh al-Fawzan*
*h. Adz-Dzahabi* dll.
3. Sering mendakwahkan untuk kembali kepada Al-Quran dan Hadits (tanpa menyebut para ulama, sedangkan Al-Quran dan Hadits sampai kepada umat Islam melalui para ulama dan para ulama juga lah yang memelihara dan menjabarkan kandungan Al-Qur’an dan Hadits untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumuddin”

*PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM*
1. Bersekutu dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Utsmaniyyah.
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab ulama yang tidak sehaluan dengan mereka.
3. Banyak ulama dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka di timur tengah.
4. Memusnahkan sebahagian besar peninggalan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.Meratakan maqam al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyidina Abu Bakar dll, dengan hujah tempat tersebut akan membawa kepada syirik.
5. Di Indonesia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah,ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].

*TASAWWUF DAN THARIQAT*
1. Sering mengkritik aliran Sufisme dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar.
2. Sufiyyah dianggap sebagai kesamaan dengan ajaran Buddha dan Nasrani.
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat.

*Inilah kejahatan dan kesesatan aliran Salafi Wahabi yakni ajaran yang dibawakan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab at-Tamimi an-Najdi:*
1. Allah bersemayam di atas ‘arsy seperti akidahnya kaum Yahudi.
2. Golongan yang beriman kepada setengah ayat Al-Quran dan Kafir dengan setengah ayat Al-Quran yang lain.
3. Golongan yang menolak Takwil pada setengah ayat, dan membolehkan Takwil pada setengah ayat yang lain berdasarkan mengikuti hawa nafsu mereka.
4. Golongan yang menafikan Kenabian Nabi Adam A.S.
5. Golongan yang menyatakan bahawa Alam ini Qidam/Maha Dahulu (Rujuk pandangan ibn Taimiyyah).
6. Golongan yang mengkafirkan Imam Abu al-Hasan Al-Asy’ari dan para pengikutnya.
7. Golongan yang mengkafirkan Sultan Sholahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh.
8. Golongan yang mengkafirkan Imam An-Nawazwi dan Seluruh Ulama Islam yang menjadi para pengikutnya (Asy’ariyah dan Maturidiyah).
9. Golongan yang mendhoifkan hadits-hadits shohih dan menshohihkan hadis-hadis dhoif (lihat penulisan Albani).
10. Golongan yang tidak mempelajari ilmu dari Guru atau Syeikh.
Hanya copy paste dan membaca dari buku-buku dan sebagainya.
11. Golongan yang mengharamkan bermusafir ke Madinah dengan niat ziarah Nabi Muhammad SAW.
12. Golongan yang membunuh Ummat Islam beramai-ramai di Mekah,Madinah, dan beberapa kawasan di tanah Hijaz (lihat tarikh an-Najdi).
13. Golongan yang meminta bantuan askar dan senjata pihak Britain (yang bertapak di tempat Kuwait pada ketika ini) ketika kalah dalam perang ketika mereka ingin menjajah Mekkah dan Madinah.
14. Golongan yang menghancurkan Turath (sejarah peninggalan) umat Islam di Mekkah dan Madinah. *(lihat kawasan pekuburan Jannatul Baqi, Bukit Uhud dan sebagainya).*
15. Golongan yang membenci kaum Ahlul bait.
16. Golongan yang bertentangan dengan Ijma para Shohabat,Tabiin,Salaf,Khalaf dan seluruh Ulama ASWAJA.
17. Golongan yang mendakwa akal tidak boleh digunakan dalam dalil syara’, dengan menolak fungsi akal (ayat-ayat Al-Quran menyarankan menggunakan akal).
18. Golongan yang mengejar syuhrah (pangkat,nama,promosi, kemasyhuran) dengan menggunakan pemahaman mereka yang salah terhadap Al-Quran dan As-Sunnah.
19. Golongan yang mendhoifkan hadis solat tarawih 20 rakaat.(Albani)
20. Golongan yang mengharamkan menggunakan Tasbih.(Albani)
21. Golongan yang mengharamkan berpuasa pada hari Sabtu walaupun hari Arafah jatuh pada hari tersebut. (Albani)
22. Golongan yang melecehkan Imam Abu Hanifah R.A. (Albani)
23. Golongan yang mendakwa Allah memenuhi alam ini dan menghina Allah dengan meletakkan anggota pada Allah SWT.
24. Golongan yang mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak hayyan (hidup) di kuburan beliau. (Albani)
25. Golongan yang melarang membaca Sayyidina dan menganggap perbuatan itu bid’ah dholalah/sesat.
26. Golongan yang mengingkari membaca Al-Quran dan membaca talqin pada orang yang meninggal.
27. Golongan yang melarang membaca shalawat selepas adzan. (Albani)
28. Golongan yang mengatakan Syurga dan Neraka ini fana (tidak akan kekal). (ibn Taimiyyah)
29. Golongan yang mengatakan lafadz talaq tiga tidak jatuh, jika aku talaq kamu dengan talaq tiga. (ibn Taimiyyah).
30. Golongan yang mengisbatkan (menyatakan/menetapkan) tempat bagi Allah. (Ibn Taimiyyah)
31. Golongan yang menggunakan wang ringgit untuk menggerakkan ajaran sesat mereka,membuat tadlis (penipuan dan pengubahan) di dalam kitab-kitab ulama yang tidak sependapat dengan mereka.
32. Golongan yang mengkafirkan orang Islam yang menetap di Palestine sekarang ini. (Albani)
33. Golongan yang membid’ahkan seluruh umat Islam.
34. Golongan yang menghukumi syirik terhadap amalan umat Islam yang tidak sepaham dengan mereka.
35. Golongan yang membawa ajaran tauhid dan tidak pernah belajar ilmu tauhid. (Ibn Taimiyyah)
36. Golongan yang mengatakan bahwa Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempunyai tauhid,tidak pernah Nabi Muhammad SAW mengajar begini atau pun para Shohabah R.A. (Muhammad Abdul Wahab)
37. Golongan yang membolehkan memakai lambang salib hanya semata-mata untuk mujamalah/urusan rasmi kerajaan, dan hukumnya tidak kufur. (Bin Baz)
38. Golongan yang membiayai kewangan Askar Kaum Kuffar untuk membunuh Umat Islam dan melindungi negara mereka.(kerajaan Wahhabi Saudi)
39. Golongan yang memberi Syarikat-syarikat Yahudi memasuki Tanah Haram.(Kerajaan Wahhabi Saudi)
40. Golongan yang memecah-belah Umat Islam dan institusi kekeluargaan.
41. Golongan yang mengharamkan Maulid dan bacaan-bacaan barzanji,marhaban.
42. Golongan yang menghalalkan bom bunuh diri atas nama jihad walaupun orang awam Kafir yang tidak bersenjata mati. (selain di Palastine)
43. Golongan yang menghalalkan darah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asy’ariyah dan Maturidiyah. *Lihat di Lubnan, Chechnya, Algeria, dan beberapa negara yang lain.*
44. Golongan yang menimbulkan fitnah terhadap Umat Islam dan menjelek-jelekkan nama baik Islam.
45. Golongan yang membuat kekacauan di Fathani,Thailand.
46. Golongan yang sesat menyesatkan rakyat Malaysia.
47. Golongan yang meninggalkan ajaran dan ilmu-ilmu Ulama ASWAJA yang muktabar.
48. Golongan yang meninggalkan methodologi ilmu ASWAJA.
49. Golongan yang minoriti dalam dunia,malah baru berumur setahun jagung.
50. Golongan yang menuduh orang lain dengan tujuan melarikan diri atau menyembunyikan kesesatan mereka.
51. Golongan yang jahil,tidak habis mempelajari ilmu-ilmu agama.Tetapi ingin membuat fatwa sesuka hati.
52. Golongan yang melarang bertaqlid, tetapi mereka lebih bertaqlid kepada mazhab sesat mereka.
53. Golongan yang secara dzahirnya berjubah,berkopiah,singkat jubah,janggut panjang,tetapi berlewat,tidak menghormati ulama,mengutuk para Alim Ulama dan tidak amanah dengan ilmu dan agama Islam.
54. Golongan yang tidak hujah dalam ajaran mereka.
55. Golongan yang membawa ajaran sesat Ibn Taimiyyah/Muhamad Ibn Abd Wahab, kedua-dua individu ini telah dicemuh,ditentang,dijawab dan dikafirkan oleh Jumhur Ulama ASWAJA atas dasar akidah mereka yang
sesat.

Syed Jamaluddin Kubra

$
0
0

 *Saiyid Jamaluddin al-Kubra Datuk Nenek Para Ulama Dunia Melayu*


Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH


DATUK nenek ulama dan tokoh besar yang diperkenalkan ini adalah seorang ulama bernama Ahmad al-Jarimi al-Yamani yang berpindah ke Yaman melalui negeri Syam.


Diriwayatkan salah seorang anak beliau pindah ke Fathani Darus Salam, lalu membuka sebuah perkampungan baru yang dinamakan Kampung Jerim/Jaram atau dalam dialek Patani disebut Kampung Jering.


Saiyid Jamaluddin al-Hadhrami al-Jarimi al-Yamani adalah salah seorang keturunan mereka. Beliau mempunyai nama yang banyak iaitu Saiyid Jamaluddin al-Akbar, Saiyid Jamaluddin al-Kubra al-Husein. Dalam versi Patani digelar juga dengan ‘Abar’ atau ‘Ibar’. Menurut Syeikh Ahmad al-Fathani, perkataan ‘al-Abar’ terjemahannya dalam bahasa Melayu ialah ‘terlebih mempunyai kebajikan’ atau ‘terlebih banyak kebajikan’.


Jika ditambah sabdu pada huruf ba dan menjadi ‘al-abbar’, ianya bererti pembuat jarum. Perkataan ibratun dalam bentuk jamaknya ‘ibarun’ dan ‘ibaarun’, kedua-duanya bererti jarum.


Nama ‘Abar’ atau ‘Ibar’ adalah gelaran untuk Saiyid Jamaluddin al-Husein yang barangkali tulisan asalnya ialah antara huruf ba dan huruf ra, dan tidak terdapat huruf alif.


Menurut Syeikh Ahmad al-Fathani, bahawa Nabi Muhammad s.a.w digelar juga dengan al-Shadiq al-Abar yang bererti yang benar lagi terlebih mempunyai kebajikan atau yang benar, yang terlebih banyak kebajikan.


Istilah ‘Abar’ pula adalah dari perkataan dialek orang-orang Patani, yang berasal dari perkataan ‘al-akbar’ kerana nama sebenar ulama ini adalah Saiyid Jamaluddin al-Akbar.


Abar/Ibar menurut versi Patani adalah lahir di Kerisik, Patani. Tetapi dalam kebanyakan sejarah, dikatakan bahawa beliau adalah seorang keturunan Arab yang menyebarkan Islam di Kemboja.


Namun ada pendapat mengandaikan bahawa beliau lahir di Kemboja. Kemboja yang dimaksudkan ialah negeri Cam yang dibuka oleh orang-orang Patani bersama-sama orang-orang Arab dan Parsi dalam pelayaran menuju ke negeri Cina pada zaman dulu.


Lama kelamaan nama Cam itu berubah menjadi Campa, kemudian Cam/Campa itu terkenal sebagai kawasan yang berperanan dalam penyebaran Islam di dunia Melayu dalam abad ke-14 dan 15 Masihi.


Dalam Pesaka IX halaman 4, Abdul Rahman al-Ahmadi menulis, “Islam di Campa dibawa oleh seseorang mubaligh terkenal, Syeikh Hussain Jamaluddin al-Qubra yang sebelum ke Campa pernah beristeri dengan salah seorang puteri dari atau dinasti yang nanti kemudian hari menurunkan raja terkenal dalam sejarah dengan gelaran Raja Cermin.


“Di Campa, Syed Hussain Jamaluddin al-Qubra telah berkahwin pula dengan Ramawati, puteri Sultan Zainal Abidin Syah, Raja Campa....”.


Martin Van Bruinessen telah memetik tulisan Saiyid ‘Al-wi Thahir al-Haddad, lalu menulis dalam buku berjudul Kitab Kuning, “Putra Syah Ahmad, Jamaluddin dan saudara-saudaranya konon telah mengembara ke Asia Tenggara.


“Jamaluddin sendiri pertamanya menjejakkan kakinya ke Kemboja dan Aceh, kemudian belayar ke Semarang dan menghabiskan waktu bertahun-tahun di Jawa, hingga akhirnya melanjutkan pengembaraannya ke Pulau Bugis, di mana dia meninggal.” (al-Haddad 1403 :8-11).


Diriwayatkan pula beliau menyebarkan Islam ke Indonesia bersama rombongan kaum kerabatnya. Anaknya, Saiyid Ibrahim ditinggalkan di Aceh untuk mendidik masyarakat dalam ilmu keislaman.


Kemudian, Saiyid Jamaluddin ke Majapahit, selanjutnya ke negeri Bugis, lalu meninggal dunia di Wajok (Sulawesi Selatan). Tetapi menurut K.H.R. Abdullah bin Nuh pula di Tuwajuk yang menurut sumber dari Gresik:Wajok-Makasar.


Tahun kedatangannya di Sulawesi adalah 1452M dan tahun wafatnya 1453M yang disebut oleh Ibhar dalam bukunya Wali Songo halaman 40. Namun menurut penelitian penulis berkemungkinan faktanya adalah tidak tepat dan mengelirukan.


Mengenai Islam di negeri Bugis dalam Hadiqat al-Azhar, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani menulis, “Dan raja yang ke empat puluh daripada mereka itu namanya Lam Dasilah anak Datuk Raluwak. Dan Lam Dasilah inilah awal mereka yang masuk Islam di dalam tanah Bugis pada tahun delapan ratus daripada hijrah (800H). Dan masuk Islam kemudian daripadanya oleh ahli Bugis sekalian mereka itu.”


Tahun 800H yang disebutkan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani itu kira-kira bersamaan dengan tahun 1397M.


Apabila memperhatikan peristiwa Saiyid Jamaluddin ke Jawa dalam tahun yang tersebut, maka berkemungkinan yang dimaksudkan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani pada tulisan tersebut adalah tahun itu juga kedatangan Saiyid Jamaluddin ke tanah Bugis itu.


Ini bererti catatan Syeikh Ahmad al-Fathani tersebut adalah satu kontroversi dengan pendapat umum ahli sejarah yang menyebut bahawa yang pertama mengislamkan tanah Bugis adalah tiga orang ulama yang berasal dari Minangkabau. Meraka ialah Khatib Tunggal Abdul Makmur yang digelar Datuk Ri Bandang, Sulaiman Khatib Sulung yang digelar Datuk Patimang dan Abdul Jawad Khatib Bungsu dengan gelaran Datuk Ri Tiro, dan mereka sampai Sulawesi pada tahun 1605M.


Satu kontroversi pula terhadap buku berjudul Hikayat Pada Menyatakan Ceritera-Ceritera Tanah Melayu dan Pulau Perca dan Sebagainya, yang menyebut bahawa bangsa rumpun Melayu yang terakhir memeluk Islam ialah bangsa Bugis tahun 1620M. Menurut buku itu juga, Islam mulai tersebar di alam Melayu pada tahun 1100M.


Bukti bahawa Islam yang disebarkan di Sulawesi jauh lebih awal dari kedatangan Datuk Ri Bandang dan sahabat-sahabatnya tahun 1605M itu, adalah salah seorang ulama keturunan Patani-Johor masih ada hubungan kekeluargaan dengan Saiyid Jamaluddin menyebarkan Islam ke Pulau Buton dalam tahun 815H/1412M.


Jika dibandingkan kedatangan Saiyid Jamaluddin ke tanah besar Sulawesi (800H/1397M) dengan Pulau kecil yang berdekatan dengannya, iaitu Pulau Buton (815H/1412M) hanya berbeza lebih kurang 15 tahun sahaja.


Mubaligh tersebut lalu diundang oleh Raja Mulae Sangia i-Gola dan baginda langsung memeluk agama Islam. Seratus tahun kemudian, seorang mubaligh yang berasal dari Patani-Johor juga bernama Syarif Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman yang masih ada hubungan kekeluargaan dengan Saiyid Jamaluddin tiba di Pulau Buton tahun 1564M, barulah raja di Kerajaan Wolio dan rakyat jelata memeluk Islam secara massa.


Dibandingkan pula dengan tulisan La Ode Malim, kata penghantar buku Membara Diapi Tuhan oleh Sultan La Ode Muhammad Idrus Qaimuddin, Saiyid Jamaluddin al-Akbar al-Husein memperoleh anak tiga orang, iaitu Saiyid Ibrahim, Saiyid Barakat Zainal Alam dan Saiyid Ali Nur Alam. Ketiga-tiga anak beliau menurunkan sangat ramai tokoh-tokoh pemimpin dan penyebar Islam yang terkenal di alam sejagat dunia Melayu.

Sultan Abu Abdullah . Wan Bo Tri Tri . Kesultanan Champa

$
0
0

 Pendahuluan

Kerajaan Melayu Campa mempunyai sejarah yang panjang dan dipercayai ia lebih tua berbanding dengan Kerajaan Melayu yang ada di Semenanjung dan di Kepulauan Indonesia. Bagaimanapun kini, ia hanya menjadi satu wilayah dalam negara Vietnam. 

Hubungan Kelantan dengan Campa juga telah bermula lama dan dipercayai telah terjalin semenjak era Chih Tu lagi. Sebagai rekod, kerajaan Campa ini wujud semenjak tahun 192 masihi lagi. Dalam salasilah keturunan Raja-Raja Kelantan telah dinyatakan bahawa puteri kepada Sang Tawal yang bernama Puteri Tapasi (Raden Galuh Anjeng) telah dikahwinkan dengan Raja Campa yang bernama Jaya Sinha Warman ketika beliau memerintah Kelantan pada 1267-1335Kemudian perhubungan antara Campa dengan Kelantan terjalin melalui perkahwinan sekali lagi ketika Kelantan diperintah oleh Sultan Baki Syah pada 1362-1418. Sultan Baki Syah telah mengahwinkan puterinya yang bernama Dewi Nareswari yang juga digelar sebagai Puteri Saadong II dengan Raja Campa. Satu kebetulan atau ianya sudah ditakdirkan, ketika kedua-dua perkahwinan ini berlangsung, Sayyid Hussien Jamadil Kubra juga terkait jua, kerana Puteri Tapasi adalah iparnya manakala Dewi Nareswari adalah  anak saudaranyaDalam artikel ini penulis akan cuba jelaskan bagaimana Wan Abu Abdullah yang juga anak Sayyid Ali Nurul Alam boleh ditabalkan menjadi Raja Campa pada 1471-1478. 

Latar Belakang
Islam mula bertapak di Campa semenjak abad ke-7/8 lagi, sumber menyatakan bahawa Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab pada ketika itu adalah dari fahaman Syiah yang membawa diri dari Timur Tengah kerana tekanan daripada Ummaiyah. Mereka telah menetap di PhanRang (Padurangga). Hal ini dapat dibuktikan dengan batu bersurat bertarikh 1035 Masihi dan batu nisan bertarikh 1039 Masihi, malah satu catatan Sung Shih (Sejarah Dinasti Sung) menyatakan Orang Islam Campa telah menghantar perwakilan ke China semasa pemerintahan Hsien-te (954-959M), ini bermakna Islam sudah kukuh di Campa.

Komuniti Islam di Pandurangga telah lupus setelah berlakunya konflik antara pemerintah Champa pada waktu itu. Dinyatakan bahawa setelah kekalahan Jaya Simhawarman II kepada Dai Viet pada 1044, Jaya Parameswarawarman I telah naik menjadi Raja Campa dan menjadikan Padurangga sebagai Ibu Kota. Hal ini tidak disetujui oleh komuniti Islam kerana Raja baru ini adalah seorang yang beragama Hindu. Penolakkan ini telah mendorong Raja baru itu untuk menyerang penduduk Islam dan menawan mereka pada 1050. Sebagai memperingati kemenangan ini, Jaya Parameswarawarman telah membina sebuah lingga di atas bukit Po Klaung Garai. 

Dakwah Islam telah sampai lama walaupun ia bukan dari fahaman Ahlul Sunnah, jelasnya terdapat ruang untuk menyebarkan Islam di Campa. Perkara ini menjadi semakin rancak ketika kedatangan Sayyid Hussien Jamadil Kubra, hingga beliau telah dikahwinkan dengan Puteri Ramawati, anak kepada Sultan Zainol Abidin, Raja Campa pada 1355. Pada waktu itu sebahagian penduduk Campa telah menganut agama Islam. 

Sayyid Hussien Jamadil Qubra banyak melibatkan diri dalam misi dakwah di Champa, kerana di Chermin pada masa itu adiknya, Syeikh Thanauddin telah menatap sekitar kawasan Bukit Panau. Dinyatakan bahawa Sayyid Nurul Alam juga turut dilahirkan di Campa. Ini bermakna aktiviti Syeikh Hussien lebih dominan di negeri tersebut. Kemudian setelah Ayuthya menyerang kedudukan Cermin diyakini bahawa anak-anak beliau ada di Campa.

Justeru, tidak hairan anak beliau bernama Po Tri Tri atau Bo Tri Tri itu berkahwin pula dengan puteri Raja Campa. Pada 1471, Campa telah diserang oleh Dai Viet (Annam) yang juga merupakan jiran tetangganya. Dalam serangan tersebut bapa mertuanya telah ditawan dan dibawa ke Annam. Setelah itu, Bo Tri Tri inilah yang ditabal menjadi Raja Campa dan dimasyhurkan dengan nama Sultan Wan Abu Abdullah. Beliau telah memindahkan ibu kota Campa dari Vijaya ke Pandurangga.

Dakwah Islam
Semasa pemerintahan Sultan Wan Abu Abdullah ini, ramai rakyat Campa telah memeluk Islam dan yang telah membetulkan akidah mereka kepada Ahlul Sunnah. Beliau telah membawa masuk pendakwah-pendakwah Islam dari Patani, India dan Arab melalui pelabuhan Padurangga. Banyak pembaharuan yang dibuat oleh beliau seperti:

  • Menggantikan penggunaan Bahasa Melayu Lama (Sanskrit) kepada Bahasa Melayu Nusantara seperti penggunaan hari ini.
  • Menyusun suaikan kebudayaan lama yang berteraskan Hindu-Buddha kepada kebudayaan yang sejajar dengan Islam.
  • Menyatukan suku kaum Campa dan hanya berpegang kepada Islam.
  • Mempertingkatkan keupayaan Pelabuhan Pandurangga dan Pelabuhan Kauthara untuk merancakan kegiatan ekonomi Campa.
Akhirnya pada 1478, beliau telah turun dari takhta dan menyerahkan kepada dua orang anak saudaranya iaitu Sultan Wan Abu Yussuf (1478) dan Sultan Wan Abdul Kadir / Ko Lai (1478-1515).

Kesultanan Pattani: Salasilah Kesultanan

$
0
0

 DAULAH ISLAMIYAH MELAYUWIYAH

Siri 47

KESULTANAN PATTANI: SALASILAH KESULTANAN


MENGANALISIS salasilah raja-raja Pattani memang menjadi masalah terbesar dalam menggali sejarah kerajaan ini. Ketiadaan sumber sejarah yang autentik akibat tercetusnya serangan Siam yang menghancurkan istana Pattani dan bahan-bahan sejarahnya pada 1786M. Kini, kajian-kajian bergantung kepada enam kronik Melayu yang telah disebutkan sebelum ini, selain riwayat lisan penduduk tempatan. Diketahui bahawa Tarikh Pattani yang ditulis oleh Sheikh Faqih Ali adalah kronik tertua kerana beliau adalah cucu kepada Syafiyuddin al-Abbasi yang bergelar Tok Faqih Raja pada zaman Sultan Ismail Shah (1457-1530M). Raja-raja Pattani dikatakan berketurunan Raja Seriwijaya, Raja Jayawangsa yang memerintah empayar itu pada abad kelapan Masehi, selain berketurunan Raja Langkasuka. Seperti yang disebutkan oleh Tarikh Pattani, bahawa Raja Langkasuka adalah berasal dari keturunan Raja Seriwijaya, maka ia menyelesaikan satu isu tentang asal-usulnya. Tetapi Sejarah Melayu mengatakan bahawa Cau Seri Bangsa, Raja Langkasuka itu adalah raja Siam. Dipercayai, yang maksudkan oleh Tun Seri Lanang dengan “Raja Siam” itu ialah raja yang beragama Buddha, kerana Seriwijaya dan Siam kedua-duanya beragama Buddha, sedangkan rakyat Pattani sudah ramai yang memeluk Islam.

Tiga nama telah disebutkan oleh empat sumber berlainan iaitu Phya Tu Nakpa (mengikut sumber Hikayat Pattani), Anthira Wangsa (Catera Negeri Pattani dan Tarikh Pattani) dan Cau Seri Bangsa (Sejarah Melayu). Perbezaan ini boleh diselesaikan dengan melihat beberapa persamaan. Pertama, kesemua mereka dilaporkan adalah asalnya raja di Kota Mahligai dan kemudian membuka negeri Pattani dan memeluk Islam. Sejarah Melayu melaporkan raja tersebut ialah Cau Seri Bangsa, sedangkan Hikayat Pattani melaporkan raja tersebut ialah Raja Indera (Anthira) Wangsa, manakala Tarikh Pattani menyebutnya sebagai Raja Anthiradha Wangsa. Ketiga-tiga watak ini disebut oleh Catera Negeri Pattani tetapi sebagai anak-cucu kepada Raja Jayawangsa iaitu Seri Wangsa (anak), Indera Wangsa (cucu) dan Anthiradha Wangsa (cicit). Sedangkan kebanyakan pengkaji yang menerima Phya Tu Nakpa yang disebut oleh Hikayat Pattani, dikatakan Raja Pattani yang zahir beberapa ratus tahun kemudian, tetapi dari keturunan yang sama. Sehingga kini belum ditentukan dengan jelas siapakah sebenarnya Raja Kota Mahligai yang membuka Pattani dan memeluk Islam itu.

Dinasti Raja-raja Pattani

Sama ada Raja Pattani pertama yang beragama Islam itu ialah Sultan Ismail Shah (Phya Tu Nakpa) atau Sultan Muhammad Shah (Raja Anthira Wangsa) atau Sultan Ahmad Shah (Cau Seri Bangsa), ketiga-tiga watak inilah adalah keturunan Raja Jayawangsa atau dirumuskan oleh kebanyakan pengkaji sebagai Dinasti Seri Wangsa. Sepanjang sejarah Pattani sejak Islamnya kerajaan tersebut pada 1457M, dikatakan tiga dinasti telah memerintah Pattani iaitu Dinasti Seri Wangsa (1457-1649M), Dinasti Sultan Qunbul (Kelantan I) (1650-1786M) dan Dinasti Tuan Besar (Kelantan II) (1842-1902M). Sedangkan tempoh di antara 1786-1842M, Pattani diperintah oleh raja-raja yang diangkat oleh Siam atau disebut sebagai “Raja-raja Patung.” Tiga Dinasti ini adalah seperti berikut:

I. Dinasti Seri Wangsa
Dinasti ini disebut juga sebagai Dinasti Hulu. Ia adalah raja-raja dari keturunan Seriwijaya dengan Raja Seri Wangsa yang memerintah Langkasuka sebagai bapanya. Dinasti ini menguasai seluruh kerajaan Pattani Islam sejak Islamnya raja mereka pada 1457M sehingga berakhirnya zaman Raja Kuning pada 1649M.

II. Dinasti Sultan Qanbul
Sultan Qanbul ialah Patih Aria Gajah Mada Kelantan yang merupakan anakanda Syed Hussein Jamadil Kubra, ulamak-pendakwah yang datang ke Kelantan pada 1345M. Baginda asalnya bernama Syed Nurul Alam, sebelum menjadi pembesar yang berpengaruh di Kelantan, Pattani dan Champa pada abad ke-15M. Melalui keturunannya yang memerintah kerajaan Jembal di Kelantan, Raja Sakti (1650-1662M) telah menggabungkan Kelantan dan Pattani dalam satu pemerintahan pada 1650M sehingga Sultan Muhammad syahid dalam serangan Siam pada 1786M. Sebahagian besar raja-raja ini adalah keturunan Wan Daim bin Andik Ali, Datu Pengkalan Tua / Datu Jambu yang berasal dari keturunan Sheikh Syafiuddin al-Abbasi.
Setelah itu, Siam telah melantik enam orang raja di Pattani antara tahun 1786-1842M.

III. Dinasti Tuan Besar
Salah satu keturunan Wan Daim yang berpengaruh ialah Long Bahar yang pernah menjadi Sultan Pattani (1716-1716M) dan Sultan Kelantan (1721-1734M). Cucunda Long Bahar membentuk Dinasti Long Yunus di Kelantan pada 1756M. Salah seorang cucunda Long Yunus ialah Tuan Besar (Long Ahmad), anak Long Ismail, Raja Kampung Laut. Tuan Besar diangkat oleh Siam sebagai Sultan Pattani pada 1842M dan keturunan baginda memerintah sehingga 1902M dengan Sultan Abdul Kadir Kamaruddin yang dipecat oleh Siam sebagai sultan terakhir.

Kesultanan Pattani: Isu-isu Yang Membelenggu

Kebangkitan Pattani sebagai kuasa politik Islam di Nusantara mulai akhir abad ke-15M merupakam antara kuasa politik Islam yang paling lama bertahan. Ia bertahan dari 1457M sehingga runtuh seluruh kekuasaannya pada 1902M, lebih lama daripada kerajaan Aceh Darussalam (1496-1903M). Namun begitu, Pattani yang begitu gah namanya terpaksa berhadapan dengan beberapa belenggu yang bersifat dalaman dan luaran yang memberi kesan buruk terhadap kerajaannya. Masalah perang saudara dan perebutan takhta di kalangan putera istana telah menjadi punca awalnya. Ia tercetus sejak Dinasti Seri Wangsa lagi di mana Sultan Patik Siam (1572-1573M) yang masih muda telah dibunuh oleh saudara tirinya, Raja Mambang yang memberi kesan terhadap pewarisan takhta dan akhirnya Pattani diperintah oleh raja-raja perempuan (1584-1649M). Ternyata perang saudara ini menjadi punca berakhirnya Dinasti Seri Wangsa, kerana sepupu Sultan Patik Siam, Sultan Bahadur Shah (1573-1584M) tidak mempunyai putera dan terpaksa mewariskan takhta kepada anak-anak perempuan baginda yang berakhir dengan kehabisan keturunan pada 1649M.

Dinasti Sultan Qanbul telah berkuasa mulai 1650M apabila Raja Sakti (1650-1662M) dari Kelantan memasukkan Pattani di bawah kekuasaan Raja Kelantan dan membentuk Pattani Raya yang memerintah bersama keturunannya sehingga 1688M. Setelah itu, masalah takhta kembali timbul dan terpaksa melantik Raja Bakar iaitu seorang waris raja yang tertua dan mempunyai hubungan darah dengan Raja Sakti sebagai raja yang baru, sedangkan Raja Bakar (1688-1690M) juga tidak berputera. Lalu dilantik Raja Mas Kelantan (1690-1707M), puteri Raja Bakar sebagai raja. Baginda kemudian diganti oleh puterinya dengan Long Bahar, Raja Bendang Badang, bernama Raja Nam Cayam (Dewi Peracu) sebagai Raja Pattani (1707-1715M). Long Bahar, putera Datu Pengkalan Tua, Wan Daim bertindak menggantikan puterinya sebagai Raja Pattani pada 1715M, tetapi melepaskan jawatan tersebut kembali kapada Raja Nam Cayam kerana berpindah ke Kelantan selepas mengahwini Raja Sharifah (Raja Pah) puteri Sultan Jembal, dan mewarisi takhta Raja Jembal (1716-1733M) dari mertuanya di Kelantan selepas kewafatan Raja Sakti bin Sultan Omar. Sedangkan Raja Nam Cayam yang juga tidak mempunyai pewaris telah mangkat pada 1718M.

Ketika putera Long Bahar dengan Raja Mas Kelantan, Long Sulaiman (1735-1756M) dilantik menjadi sultan dalam kerajaan Jembal menggantikan ayahandanya, putera Long Bahar dengan Raja Pah, Raja Yunus dirajakan di Pattani pada 1729M menggantikan Sultan Haji Yunus (1721-1729M) yang dilantik sebagai raja selepas Raja Nam Cayam dan Raja Laksamana Dagang (1718-1721M). Selepas wafatnya Raja Yunus pada 1749M, baginda juga tiada pewaris. Kekalutan masalah pewaris takhta cuba diselesaikan kemudiannya dengan melantik sepupu Sultan Raja Yunus dan Raja Nam Cayam, iaitu Long Nuh bin Long Nik bin Wan Daim, putera Raja Legih sebagai Raja Pattani. Long Nuh (1749-1771M) kemudian digantikan oleh anaknya, Raja Bakar (1771-1774M), sebelum putera Raja Bakar, Raja Ahmad menjadi sultan dengan gelaran Sultan Muhammad (1774-1786M). Sultan Muhammad kemudiannya syahid dalam serangan Siam ke atas Pattani pada 1786M.

Kejatuhan Pattani di tangan Siam telah menyebabkan “raja-raja patung” dilantik untuk menjaga kepentingan Siam. Ia bermula dengan Raja Bendang Badang, (Tengku Lamidin) (1786-1791M) dan Datu Pengkalan (Raja Jaafar) (1791-1808M) sebagai Raja Pattani, tetapi kedua-dua raja ini bangkit melawan Siam, lalu dilantik raja kafir dari Chenak, Nai Kwan Sai (1808-1815M) dan anaknya, Nai Phya (1815-1816M) sebagai Raja Pattani dan memecahkan wilayah Pattani kepada tujuh negeri dengan raja yang berasingan iaitu Pattani (Tuan Sulong), Raman (Tuan Mansur), Nong Chik (Tuan Nik), Yala (Tuan Jalor), Legeh (Nik Dah), Saiburi / Teluban (Nik Din) dan Jambu (Nai Phya). Tuan Sulong (1816-1832M) adalah putera Long Jenal (cucu Long Bahar), Raja Kelantan (1837-1838M) yang terlibat dalam perebutan takhta dengan Sultan Long Senik Mulut Merah (1838-1886M) di Kelantan pada 1839M. Setelah itu, untuk menamatkan perang saudara di Kelantan ini, Siam melantik pula putera Long Ismail Raja Kampung Laut (adinda Long Jenal), iaitu Long Ahmad (Tuan Besar) sebagai Sultan Pattani bergelar Sultan Muhammad (1842-1856M) menggantikan Nik Yusof (Raja Tokki) (1832-1842M) sebagai Raja Pattani. Sejak itu, keturunan baginda menjadi sultan sehingga Sultan Abdul Kadir Kamaruddin dipecat oleh Siam pada 6 Mac 1902M dan berakhirlah Kesultanan Pattani (1457-1902M).

Sultan-sultan Pattani Darussalam

Dari pergolakan yang panjang dalam pewarisan takhta kerajaan Pattani kerana ketiadaan pewaris, perang saudara, serangan Siam dan campur tangan Siam ini, raja-raja yang terdiri dari beberapa dinasti telah memerintah selama 445 tahun. Kekuasaan Pattani dengan wilayah terbesarnya meliputi kawasan dari Pathalong (Badelung) hingga ke Terengganu dalam kerajaan Pattani Raya (atau Pattani Besar) hinggalah ia dipecahkan oleh menjadi negeri yang kecil seperti hari ini. Berikut adalah senarai Raja-raja Pattani Islam:

A. Dinasti Seri Wangsa
I. Sultan Ismail Shah / Sultan Muhammad Shah / Sultan Ahmad Shah (1457-1530M)
II. Sultan Muzaffar Shah (1530-1564M)
III. Sultan Mansur Shah (1564-1572M)
IV. Sultan Patik Siam (1572-1573M)
V. Sultan Bahadur Shah (1573-1584M)
VI. Raja Hijau (1584-1616M)
VII. Raja Biru (1616-1624M)
VIII. Raja Unggu (1624-1635M)
IX. Raja Kuning (1635-1649M)

B. Dinasti Sultan Qanbul
I. Raja Sakti II (1650-1662M)
II. Raja Loyor (1662-1663M)
III. Raja Omar (1663-1670M)

C. Kekosongan Pewaris.
Sesetengah pengkaji mengatakan Pattani tidak mempunyai raja antara 1670-1688M, tetapi ada pengkaji yang lain mengatakan ia kekal di bawah kekuasaan kerajaan Jembal, Kelantan sehingga Raja Bakar dilantik raja Pattani pada 1688M. Raja-raja Pattani ketika ini (1688-1832M) ialah:

I. Raja Bakar (1688-1690M)
II. Raja Mas Kelantan (1690-1707M)
III. Raja Nam Cayam (1707-1715M dan 1716-1718M)
IV. Long Bahar (1715-1716M)
V. Raja Laksamana Dagang (1718-1721M)
VI. Sultan Haji Yunus (1721-1729M)
VII. Raja Yunus (1729-1749M)
VIII. Raja Long Nuh (1749-1771M)
IX. Raja Bakar (1771-1774M)
X. Sultan Muhammad (1774-1786M)

D. Raja-raja Patung
I. Tengku Lamidin Raja Bendang Badang (1786-1791M)
II. Raja Jaafar Datu Pengkalan (1792-1808M)
III. Nai Kwan Sai Raja Chenak (1808-1815M)
IV. Nai Phya (1815-1816M)
V. Tuan Sulung (1816-1832M)
VI. Nik Yusof (Raja Tokki) (1832-1842M)

E. Dinasti Tuan Besar
I. Sultan Muhammad (Tuan Besar) (1842-1856M)
II. Sultan Puteh (1856-1881M)
III. Sultan Timun (1881-1890M)
IV. Sultan Sulaiman (1890-1899M)
V. Sultan Abdul Kadir Kamaruddin (1899-1902M)

MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
29 Rabiul Akhir 1440 / 6 Ogos 2019

Makam Syarif Abu Bakar Shah selamat dipihara ALLAH.

$
0
0


ALLAH pelihara...


Pokok ratusan tahun di tanah perkuburan Islam Tualang tumbang malam tadi akibat ribut kuat.

Pokok ini dijangka berusia hampir 200 tahun lebih.

Alhamdulillah ALLAH pelihara makam Yamtuan Syarif Abu Bakar tidak ditimpa pokok tersebut. Kedudukam makam betul betul bawah pokok ini, makam di sebelah kiri , pokok tumbang sebelah kanan.Alhamdulillah , Allah pelihara makam mulia ini.

Moga Allah buka hati orang kampung untuk bersihkan kawasan makam .

Al Fatihah 

Catatan 23.9.2020.






 

Sejarah Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah yang sebenar

$
0
0


 

Sejarah.

Raja Ligor Berdarah Ahlul Bait Gugur Syahid Di Kedah, Dibunuh Oleh Siam.

Yamtuan / Yang Dipertuan Syarif Abu Bakar Shah Ibni Yamtuan (Syarif) Mahmud (Raja Ligor) Ibni Sultan (Syarif) Sulaiman Shah (Sultan Singgora Darussalam) Ibni Dato Monggol.

Baginda merupakan Gabenor / Raja Islam pernah memerintah kerajaan Islam Ligor. Kerajaan Ligor merupakan kerajaan yang kukuh dan berpengaruh. Buktinya semasa pemerintahan baginda dan ayahandanya Yamtuan (Syarif) Mahmud adalah dapat dilihat melalui wujudnya kesan tembok Kota Ligor yang tersergam indah dan sangat kukuh yang wujud hingga sekarang di tengah Kota Nakhon Si Thammarat.

Baginda merupakan cucu kepada Sultan (Syarif) Sulaiman Shah Singgora / Songkhla. Singgora merupakan kerajaan Islam yang hebat dan berpengaruh. Pengkalan perdagangan Singgora di kenali dunia. Sultan (Syarif) Sulaiman Shah memerintah Singgora dari 1652 - 1668M. Singgora awalnya di buka oleh Dato Monggol pada tahun 1604-1625M.

Syarif Abu Bakar Shah memerintah Ligor dengan aman damai dan makmur. Semasa itu Ayuthaya bergelut berperang dengan Burma 1767M. Burma kalahkan Ayuthaya. Setelah itu tertubuhnya kerajaan Chakri. Chakri membina kekuatan lalu menyerang Ligor pula.

Baginda bersama ahli keluarga dan pengikut berundur ke Kedah. Mereka membina tempat perlindungan di Kota Mengkuang Jitra. 

Baginda dan anak-anak bernaung di bawah Kedah dan berkhidmat kepada Kesultanan Kedah. Baginda juga merupakan abang ipar kepada Sultan Kedah ke-19, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ii.

Siam menghantar pengintip, mereka mendapati keberadaan Syarif Abu Bakar Shah di Kota Mengkuang. Siam telah melancarkan serangan sebanyak dua kali. Akhirnya Syarif Abu Bakar Shah gugur syahid di Kota Mengkuang. Jasad baginda di bawa lari ke Tualang, Pokok Sena Kedah kerana ramai  ahli kerabat baginda membina perkampungan di Tualang setelah lari beramai-ramai dari Ligor.

Jasad As-Syahid Syarif Abu Bakar Shah mantan Raja Ligor dimakamkan di tanah perkuburan Masjid Tualang Tengah, Pokok Sena, Kedah .

Al-Fatihah


https://youtu.be/OHG73NQRMbc


Disediakan oleh :-

Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan

27 Zulkaedah 1441H - 19/07/2020M.

Viewing all 736 articles
Browse latest View live