Quantcast
Channel: CAHAYA KEHIDUPAN TAUHID
Viewing all 738 articles
Browse latest View live

Sumbangan PKP 3.0 untuk Tok Guru Tua Pondok Kedah.

$
0
0





















Sumbangan PKP 3.0 khas untuk Tok Guru Tua Pondok Kedah , asatizah pondok yang tiada pendapatan tetap serta fakir miskin.


Alhamdulillah telah agihkan kepada tok tok guru diantaranya :

Isnin 21.6.21

1. Tuan Guru Haji Abdullah Bukit Lada 

2. Tuan Guru Dato Wan Ahmad Kuala Nerang

3. Tuan Guru Baba Azahari Gulau Sik

4. Tuan Guru Hj Zakaria Jeneri Sik


Selasa 22.6.21

5. Tuan Guru Baba Mad Kupang Baling

6. Tuan Guru Haji Rahim Pendang

7. Tuan Guru Haji Wan Izuddin Gajah Mati Pendang

8. Tuan Guru Haji Jusuf Tobir Pendang

9. Tuan Guru Haji Sanusi Pendang


Rabu

10. Tuan Guru Ustaz Suhaimi Kuala Lanjut Pendang.


Terima kasih semua para penyumbang yang sentisa bersama Majlis Talim Asyairah membantu Tuan Guru Tua Pondok yang tiada pendapatan tetap pada PKP 1.0 , PKP 2.0 dan PKP 3.0. Diharapkan kita bersama dapat gembirakan tok tok guru dan membantu mereka sekadar yang kita mampu.

Terima kasih kepada syarikat EMZI holding yang turut sama sama membantu kali ini.


Doakan kami moga sentiasa dipermudahkan urusan untuk khidmat kepada ulama sesepuh negeri Kedah dan yang lain. Doa moga dipermudahkan segal urusan selamat dunia akhirat.


Catatan :

1.Tuan Guru Hj Wahab Hasan Baling kami tak sempat jumpa sebab waktu kami pergi rumah beliau, beliau tengah rehat. Doa moga beliau sihat.

2. Masih berbaki 2 -3 orang tok guru tua Kedah yang masih belum sempat kami kunjungi . Insyallah akan menyusul sehari dua lagi.


 


Tuan Guru Baba Muhammad Carok Rambai Kupang Baling kemali Kerahmatullah

$
0
0


انا لله وانا اليه راجعون
Berita duka dari bumi Kedah
Telah kembali permata sufi Kedah Baba Mad Kampung Carok Rambai Kupang Baling .
Meninggal jam 8.10 malam 17.7.2021. Usia 91 tahun.
Solat jenazah di surau berdekatan rumah beliau Kg Carok Rambai, jam 11 pagi 18.7.2021
Maklumat dari anak Almarhum , Abg Lah. 

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَس وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجٙا خَيْرًا مِنْ زَوْجٙهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Al Fatihah.

Ikuti Live Tahlil Untuk Baba Mad Kupang.

https://www.facebook.com/103386818515793/videos/434396960864700/
























Selamat rehat buat Tuan Guru Baba Muhammad bin Abdul Rahman / Aisyah.

Jenazah Tuan Guru Baba Muhammad Carok Rambai Kupang Baling selamat dikebumi jam 11 pagi 18.7.21.

Tuan Guru Baba Muhammad bin Abdul Rahman asal dari Pondok Bendang Kuchil Fatani Darussalam. Baba Mad hijrah ke Malaysia lebih dari 60 tahun.
Adik Baba Muhammad ialah Baba Li Mudir Pondok Bendang Kuchil Fatani sekarang ini.

Semoga Tuan Guru Baba Muhammad diampun segala dosa dan dirahmati ALLAH. Moga Baba tenang berehat setelah letih bermujahadah , beribadah untuk menjadi hamba Allah yang berjaya. 

Kami menyaksikan Baba  telah mengamalkan apa yang diajar oleh Imam Ghazali dalam kitab Minhaj . Baba telah amalkan. Moga Baba bahagia mendapat nikmat .
Baba Mad sepanjang hayat berkhidmat membaca kitab terutama dalam bidang tasawuf . Kebanyakan guru guru yang buka pondok sekitar Baling , Sik , Kulim datang menadah kitab dengan beliau.

Semoga kita bangun di Akhirat nanti bersama Baba Mad , alim ulama, solihin serta kekasih Agong Rasulullah .

Salam takziah buat ahli keluarga Baba dan murid Baba Mad .

Al Fatihah.

Catatan
Jemaah yang hadir patuhi SOP.
1. Pakai mask .
2. Ambil suhu dan tulis nama di buku yang disediakan pihak keluarga .
3. Tidak bersalaman.
4. Selesai kebumi terus beredar pulang.



 

Tuan Guru Wan Izuddin bin Wan Ibrahim Gajah Mati Kedah ziarah Mesir dan Yaman.

$
0
0











 

Tuan Guru Wan Izuddin Gajah Mati Pendang Kedah ziarah Mesir dan Yaman.

Beliau seperti gaharu / bukhoor apabila sangat lama disimpan apabila dibakar baunya sangat harum.

Beliau pernah belajar di India dan Mesir satu ketika dahulu. Apabila ke Mesir disambut oleh ulama besar di sana termasuk Imam Dr Ali Jumuaah dan ulama lain.

Beliau ke Yaman seperti balik ke kampung asalnya kerana beliau adalah keturnan Bendang Daya Fatani yang bersambung dengan ahlu bait yang berasal dari Yaman juga.

Kenali Tuan Guru Wan Izuddin seperti catatan Tengku Yusuff:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2544132078930769&id=100000020068230

Moga Tuan Guru Pak Njang Izuddin sihat panjang umur dan sentiasa diberkati

Catatan Jumaat 23.7.21

#permataulama

#ulamakedah

#ulamapondok

#ahlisunnahwaljamaah


Munajat ulama dan tausiah buat ummah - anjuran jabatan mufti wilayah persekutuan.

$
0
0















 ALHAMDULILLAH

Tahniah 

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  menganjurkan program " Munajat ulama dan tausiah buat ummah " dengan menampilkan tokoh tokoh ulama murabbi ummah .

Rindu majlis ilmu , majlis bersama ulama  Rabbani kesayangan ummah.

Antara kesimpulan ringkas pesanan

Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu ALBanjari ALMakki - Restu from Syeikh 

1. Semua perlu muhasabah diri agar memelihara SOP Rabbani , SOP Nabawi.

Jangan sampai masa musibah covid ini kita menuding jari menyalahkan itu ini sedangkan kita tidak muhasabah diri kita yang berdosa, yang tidak beradab dengan Allah asbab turun musibah dan melambatkan musibah ini diangkat .

Terkadang kesalahan seperti tidak beradab kepada orang yang benar hati ikhlas hadir ke masjid sehinggakan orang orang yang ikhlas ini dihalau dari masjid tempat turunya Rahmat . Perlu muhasabah dan baiki semuanya. 

2. Syeikh menyeru semua tidak kira pemimpin , ulama , rakyat semuanya bertaubat atas kesalah yang kita lakukan.

Antara kesimpulan ringkas dari nasihat 

Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An Nadwi Al Maliki 

1. Semua yang berlaku ini dikehendaki oleh Allah dan dilakukan oleh Allah . Semua pasti ada hikmah . Orang beriman menerima segalanya dengan penuh keimanan dan penghayatan akan menimbulkan kemanisan iman . Reda dengan apa yang Allah lakukan.

2. Allah sebagai tuhan sakalain alam bersifat denga maha bijaksana mengkuhum sesuatu dengan ilmu Nya. Sudah tentu semuanya pasti ada kebaikan. Terkadang kita tidak faham.

3. Berdoalah kepada Allah dan baik sangka dengan Allah pasti Allah akan menyelesaikan dengan baik. 

4. Sop peraturan mesti diikuti sebagai ikhtiar terakhir bagi membendung wabak covid ini.

Catatan ringkas dari kesimpulan majlis bersama murabbi ummah malam ini

- Helmi Assyafie 

29 ogos 2021.

Link penuh ikuti:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=314700353762553&id=423534687786516

Sausana mjlis seperti ini perlu diteruskan masyarakat mendapat pengisian ilmu dan kerohanian dari tokoh tokoh ulama Rabbani yang sentiasa mengajak ummah kepada jalan keredhaan Allah dan Rasul.

Baba Ku Soh bin Ku Hassan meninggal dunia.

$
0
0

إنا لله وإنا إليه راجعون

Jumaat 3 Spt 2021

Berita duka dari bumi Fatani

Telah pulang kerahmatullah Baba Ku Soh bin Ku Hassan Pondok Gelong Bukit Nong Chik Pattani , beliau merupakan anak murid Pak Da Eil Makkah.

Baba meninggal pada hari Jumaat jam 6 pagi tadi.

Moga diampun segala dosa dan ditempat bersama aulia , orang soleh dan sidiq.

 اللهم اغفر له و ارحمه و اجعل قبره روضة من رياض الجنة  واجعله من الذين انعمت عليهم من الصديقين والشهداء والصالحين وحسن أولئك رفيقا

Al Fatihah.

 

Sejarah Kedah - Sharif Abu Bakar Shah Yang di Pertuan

$
0
0

Sejarah sebenar Syarif Abu Bakar Shah.


Syarif Abu Bakar Shah / Syarif Yang Di Pertuan.

Yamtuan atau Yang Di Pertuan Syarif Abu Bakar Shah merupakan Raja Ligor kini Nakhon Si Thammarat . Baginda meneruskan pemerintahan Ligor dari ayahanda baginda iaitu Yamtuan Mahmud. Ayahanda Syarif Abu Bakar Shah iaitu Yamtuan Mahmud perintah Ligor pada tahun 1680 - 1686M.

Yamtuan Mahmud ibni Sultan Sulaiman Shah Singgora Darussalam , kini Songkhla Thailand.Sultan Sulaiman Shah perintah Singgora pada tahun 1625 - 1668M. Sebelum itu Singgora diperintah oleh ayahanda baginda iaitu Datuk Monggol . Nama sebenar Dato Monggol ialah Nik Badrussalam . Dato Monggol perintah Singgora 1600 - 1625M. Dato Monggol mangkat di Patthalung kerana dihujung hayat baginda bersama anakanada iaitu Sultan Farisi yang memerintah Patthalung.


Sultan Sulaiman Shah memiliki bebera putra diantaranya Sultan Mustafa yang perintah Singgora pada tahun 1668 -1681 M dan Chaiya pada 1682 - 1696M.

Seorang lagi putra bernama Yamtuan Mahmud memerintah Ligor atau kini Nakhon Si Thammarat dari tahun 1680 - 1686M. Hanya 6 tahun sahaja baginda perintah Ligor kerana baginda mendapat tekanan dari Ayutthaya. Ayutthaya menekan pemerintahan Yamtuan Mahmud disebabkan Ligor dibawah naungan Ayutthaya.

Ramai yang silap faham terutama riwayat yang dibawa oleh almarhum Nai Long Kasim dan pengikut beliau mengatakan Ayutthaya kerajaan Islam. Ahli sejarah sepakat Ayutthaya merupakan kerajaan Thai .Sedangkan Syarif Abu Bakar Shah ibni Yamtuan Syarif Mahmud ibni Sultan Sulaiman Shah ibni Dato Monggol atau nama sebenar baginda Nik Badrussalam adalah keturunan Arab yang belayar dari tanah haram ke Farsi Iraq kemudian ke Yaman seterusnya ke Jawa Tengah , Kelantan dan Pattani dan akhirnya ke Singgora. 

Dato Monggol datang dari Jawa Tengah ke Singgora disebabkan leluhur baginda iaitu Syeikh Syed Jamaluddin Kubra menikah dengan cucu pemerintah Singgora lama zaman Langkasuka iaitu Sultan Mahmud Barubasa. Dari Nasab inilah lahirnya Dato Monggol.

Nik Badrussalam @ lebih dikenali dengan Dato Monggol ibni Mustafa ibni Muzafar ibni Wan Abdullah @ Wan Bo Tri Tri ibni Syed Ali Nurul Alam ibni Syeikh Syed Jamaluddin Kubra. Syed Jamaludin Kubra menikah dengan cucu Sultan Mahmud Barubasa pemerintah Singgora lama yang hijrah ke Kelantan kerana peperangan.

Dato Monggol mengambil peluang memerintah Singgora negeri asal leluhur baginda . Singgora dibawah naungan Ayutthaya. Ketika itu Singgora diabaikan disebabkan pemerintah Ayutthaya tidak sempat untuk memberi tumpuan kepada negeri selatan thai. Pada tahun 1600M Dato Monggol datang dari Jawa Tengah kemudian memerintah Singgora yang semasa itu dibawah naungan Ayutthaya.

Tegas disini Ayutthaya bukan kerajaan Islam , Ayutthaya dikuasai oleh Thai Buddha. Negeri selatan Thai yang majoriti Islam seperti Pattani  , Singgora , Ligor , Chaiya , Patthalung , Phuket , Narathiwat , Yala , Ranong ,ramai orang Islam kerana negeri negeri ini dipimpin oleh orang Islam sejak sekian lama. Berbeza dengan Bangkok ramai Buddha. 

Boleh rujuk video ahli sejarah Islam Nusantara iaitu Ustaz Fadli Ghani :

https://youtu.be/7GaB5NaHQcA

.............

Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah @ Syarif Yang Di Pertuan .

Baginda memerintah Ligor setelah ayahanda baginda lepas jawatan memerintah Ligor pada tahun 1686M. Terdapat dua pandangan ahli sejarah :

1. Syarif Abu Bakar Shah terus perintah Ligor pada 1686M.

2. Pendapat kedua mengatakan sebelum Syarif Abu Bakar Shah perintah Ligor , kekanda kepada Syarif Abu Bakar Shah memerintah Ligor terlebih dahulu, kemudian beralih kepada Syarif Abu Bakar Shah.

Kedua pandangan ini boleh diterima pakai. Kemungkinan boleh berlaku dan tidak ada percangahan dari sudut riwayat dan tarikh.

Zaman Syarif Abu Bakar Shah perintah Ligor , Ayutthaya tidak aman , tengah bergolak dengan Burma.Negeri segenting kra aman damai ketika itu kerana Ayutthaya tidak dapat memberi tumpuan disebelah selatan thai disebabkan mereka bergolak dengan Burma. Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah mengambil peluang ketika itu dengan memberi tumpuan memerintah Ligor dengan baik dan membina kekuatan orang Islam sekitar negeri Segenting Kra. 

Bruma serang Ayutthaya pada tahun 1765. Ayyuthaya kalah. Taksin perintah Thai kemudian beralih ke era Chakri memimpin Thailad.

Chakri sudah dapat kesan kekuatan kerajaan Ligor, lalu menyerang Ligor yang dipimpin oleh Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah ketika itu.

Syarif Abu Bakar Shah bersama ahli keluarga dan pengikut baginda menyelamatkan diri berundur ke Legeh kemudian ke Kedah. Mereka hijrah beramai ramai menggunakan 40 ekor gajah .

Keputusan ke Kedah kerana hubungan baik antara Kedah - Ligor , Singgora telah terjalin sejak sekian lama. Hubungan baik ini lebih kuat apabila adik perempuan Syarif Abu Bakar Shah yang digelar Nang Che Puan berkahwin dengan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ll iaitu Sultan Kedah ke 19.  Ramai kerabat diraja Kedah berkahwin dengan kerabat diraja segnting kra sebelum dari itu lagi. 

Syarif Abu Bakar bersam anak isteri dan pengikut baginda ke Kedah. Ramai dari kalangan yang berhijrah ini membina penempatan di Kampung Tualang Pokok Sena Kedah dan di Kota Mengkuang Kubang Pasu Kedah.

Sehingga sekarang masih wujud orang sekitar Tualang , Kota Mengkuang Kubang Pasu ,Napoh Kubang Pasu , Kubur Panjang cakap siam atau dialet siam.

....................

Syarif Abu Bakar Shah merupakan abang ipar kepada Sultan Kedah ke 19 iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adillin ll. Adik Syarif Abu Bakar Shah iaitu yang bergelar Nang Che Puan bernikah dengan Sultan Muhammad Jiwa ll. Dari perkahwinan diraja ini dikurniakan dua orang Putra iaitu Tunku Long Putra dan Tunku Anjang Johan.

Tunku Long Putra dilantik menjadi Raja Tanah dan Tunku Anjang Johan dilantik menjadi Raja Laut. 

Pergolakan antara putra Sultan Muhammad Jiwa telah dicatat didalam sejarah Kedah . Takdir Allah menentukan segala galanya pasti ada hikmah , Tunku Long Putra tidak jadi Sultan . Saudara sebapa mereka iaitu Sultan Abdullah Mukaram Shah naik takhta sebagai Sultan Negeri Kedah ke 20. 

Tunku Long Putra dan Tunku Anjang Johan kecewa lalu membawa diri keluar dari Kedah. Akhir sekali dipenghujung hayat Tunku Long Putra mangkat dan dimakam di Kampung Kepala Bendang Pokok Sena. Manakala Tunku Anjang Johan di makamnya di Luar Negeri , setengah mengatakan di Burma dan ada pandangan mengatakan makam di Segenting Kra.

....................

Diriwayatkan oleh orang tua tua dari kalangan waris , Syarif Abu Bakar Shah bernikah dengan putri  Raja Langkat iaitu Putri Suria Marin anak Raja Badiuzzaman ibni Raja Kahar. Raja Badiuzzaman yang perintah Langkat pada tahun 1673 - 1750M.

Syarif Abu Bakar Shah memiliki 5 orang anak mengikut riwayat orang tua tua dan tidak dapat diketahui nama mereka dengan tepat . Hanya gelaran yang diriwayatkan. Kelima lima anak baginda menjadi rakyat biasa di Kedah  . Mereka sama sama berkhidmat kepada negeri Kedah membantu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin memimpin masyarakat di kawasan kawasan masing masing.

Antara anak anak Syarif Abu Bakar Shah.

1. Koya Long - sebagai penguasa / penghulu kawasan Kubur Panjang . Sehingga kini ramai zuriat Koya Long wujud dan tinggal di kawasan Kubur Panjang diantara tokoh dari zuriat Koya Long ialah pahlawan Kedah iaitu Tok Moris . Ramai dari kalangan zuriatnya menjadi ulama dan sebahagian sebagai pemimpin masyarakat. Beliau dikebumikan di Gelung Gajah , Mukim Tobir , Pendang Kedah.

2. Koya Ngah tinggal di skitar Alor Pak Ngah. Dikebumi di Tualang. 

3. Koya Shuib. Tinggal di Alor Pak Ngah . Ramai zuriatnya kini tinggal sekitar Alor Pak Ngah , Tualang , Jelai dan lain lain. Dikebumi di Langgar.

4. Koya Nai Chau Abu. Dari kalangan zuriatnya ramai yang menjadi ulama dan pemimpin masyarakat. Diantara tokoh pemimpin dari kalangan zuriatnya ialah Nai Doi sebagai penguasa/ penghulu Kubang  Pasu , Nai Sim @Hashim ,ulama dari zuriatnya ialah Dato Mursyid Di Raja SS Dato Paduka Syeikh Abdul Majid. Pemimpin politik tanahair seperti Tun Zahir Ismail Speaker dewan rakyat 1982- 2004 dan ramai lagi. Terdapat dua pendapat makam Koya Nai Chau Abu , salah satu pendapat di Nai Teh Kuala Nerang dan satu lagi pendapat di Napoh Kubang Pasu. Ramai dari kalangan zuriatnya kini tinggal di Napoh , Jeram Tuanjang , Kubang Pasu , Anak Bukit Alor Setar dan lain lain lagi. Penulis sendiri ( Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan ) dari zuriat Koya Nai Chau Abu.

5. Koya Fai. Beliau tinggal bersama Syarif Abu Bakar Shah di Kota Mengkuang. Diriwayatkan beliau terkorban semasa trajedi serangan thai di kubu Syarif Abu Bakar Shah di Kota Mengkuang Kubang Pasu Kedah. Beliau syahid bersama ayahandanya Syarif Abu Bakar Shah. Jasad Koya Fai dikebumi di Kota Mengkuang manakala Syarif Abu Bakar Shah dibawa ke Tualang dan dimakamkan assyahid Syarif Abu Bakar di Tualang Pokok Sena. Ramai dari kalangan zuriatnya kini tinggal sekitar Tualang , Alor Pak Ngah , Jelai , Bukit Raya , Jelai , Tokai dan lain lain.

........................

Syarif Abu Bakar syahid di Kota Mengkuang Kubang Pasu dan dimakam di Tualang Pokok Sena kerana ramai waris Syarif Abu Bakar Shah yang hijrah dari Ligor tinggal di Tualang .

Menariknya terdapat 2 makam Syarif Abu Bakar Shah di Tualang bagi kaburi pihak musuh Siam Thai.


1. Makam asal Assyahid Syarif Abu Shah. Makam ini asalnya tidak ditanda dengan apa apa penanda hanya dikenal dengan sebatang pokok yang ditanam oleh orang dahulu dibahagian kaki jenazah sahaja. Tujuan bagi kaburi pihak Siam Thai agar mereka tidak apa apakan jenazah Syarif Abu Bakar Shah. Makam ini adalah makam sebenar . Riwayat ini telah disimpan oleh waris turun temurun. Pada tahun 2020 ahli waris Pertubuhan Kerabat Sharif Shah , Tunku Long Putra Tunku Anjang Putra Negeri Kedah sepakat untuk letak nisan baharu Wakil wakil keluarga dari jalur keturunan Syarif Abu Bakar Shah hadir pada hari perletakkan nisan baharu . Hari yang penuh bersejarah. Setelah sempurna perletakkan nisan , pokok berusia 200 tahun lebih itu pun tumbang tanpa ada kerosakan pada makam Syarif Abu Bakar Shah pada awal tahun 2021 dengan takdir Allah dan peliharaan Allah. Setelah makam sejarah ini diistihar oleh ahli waris ,ramai pengunjung dalam dan luar negeri datang ziarah makam Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah.


2. Makam replika Syarif Abu Bakar bagi kaburi musuh siam Thai. Makam ini sekarang ditanda dengan batu nisan Acheh. Sebelumnya makam ini ditanda dengan kayu kemuning hitam. Ada dari kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil nisan Acheh di Alor Ganu dan mereka pindahkan ke Tualang. Nisan Acheh perempuan dipacak atas makam replika Syarif Abu Bakar ini. Riwayat ini telah dikatahui umum oleh ahli waris pertubuhan kerabat Sharif Shah , Tunku Long Putra Tunku Anjang Putra . 

......................

Kerabat Diraja Kedah yang ada kaitan dengan Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah.

1. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ke ll merupakan adik ipar Syarif Abu Bakar Shah. Adik perempuan Syarif Abu Bakar Shah yang bergelar Nang Che Puan berkahwin dengan Sultan Kedah ke 19.

2. Tunku Long Putra ibni Sultan Muhammad Jiwa. Putra Sultan Muhammad Jiwa ll, hasil dari perkahwinan dengan Nang Che Puan adik kepada Syarif Abu Bakar Shah. Tunku Long Putra pernah dilantik sebagai Raja Tanah mengurus hal ehwal pentadbiran Tanah.

3. Tunku Anjang Johan ibni Sultan Muhammad Jiwa . Adinda kepada Tunku Long Putra . Tunku Anjang pernah dilantik sebagai Raja Laut menguruskan hal ehwal pentadbiran di laut.

Takdir Allah ada hikmahnya. Tunku Long Putra tidak menjadi Sultan. Sultan Kedah ke 20 diwarisi oleh adinda , saudara sebapa mereka iaitu Sultan Abdullah Mukarram. Kekuasaan adalah hak mutlak Allah . Wajib kita redha atas segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sejarah kita jadi iktibar, mana yang baik diteladani yang tidak baik dijadikan sempadan. Jangan kita timbul kebencian dan jangan menghasut agar orang membenci siapa yang telah naik. Sultan yang ada sekarang adalah benih Sultan Muhammad Jiwa juga . Kesultanan Kedah tidak pernah bertukar benih dari benih Merong Mahawangsa.  Semoga Allah berkati kesultanan Kedah yang kita cintai.

4. Tunku Mad Hassan ( Mad Can). Tunku Mad Can merupakan cucunda kepada Tunku Long Putra.

5. Nai Sofiah merupakan isteri kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah , Sultan Kedah ke 26.Nai Sofiah merupakan keturnan Syarif Abu Bakar Shah dari jalur Koya Fai anak kepada Syarif Abu Bakar. Dari pernikahan Nai Sofiah dengan Sultan Abdul Hamid Halim Shah lahirlah Sultan Kedah ke 27 iaitu Sultan Badlishah.













 

Tuan Guru Dato Ahmad bin Mohd Noor kembali kerahmatullah. 15 september 2021

$
0
0


إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Berita duka dari bumi Kedah Darul Aman .
Salah seorang pasak bumi Kedah , Tuan Guru Dato Ahmad bin Mohd Noor / Pak Teh Mat Kuala Nerang  telah kembali Kerahmatullah pada jam 12.57am , 15 september 2021 bersamaan 8 safar 1443.

Berita dari cucu Tok Guru : Man Abdul.

Tolong segala apa maklumat sila rujuk waris Tok Guru diantaranya Ustaz Wan Khairuddynn  dan page rasmi Pondok Ahmadiah Pak Teh Mat Ulama Kedah .

Ziarah dan sebagainya sila rujuk arahan pondok sebab warga pondok tengah kuarantin disebabkan ada yang positif covid. Laporan page pondok menyatakan 7 warga pondok disahkan positif covid 19 .
Sumber keluarga: Tuan Guru positif covid , sebahagian ahli keluarga kuarantin.

Semoa Tuan Guru diampun segala dosa ditempatkan bersama Baginda Rasul dan orang yang beriman , soleh , sidiq , wali wali kekasih Allah. Semoga dapat bertemu di Akhirat kelak .

(یَـٰۤأَیَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَىِٕنَّةُ * ٱرۡجِعِیۤ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِیَةࣰ مَّرۡضِیَّةࣰ * فَٱدۡخُلِی فِی عِبَـٰدِی * وَٱدۡخُلِی جَنَّتِی)
انتقل جدي إلى دار خير من دارنا وحياة خير من حياتنا وإلى جوار رب كريم وحبيبه الرحمة. 

إنا لله وإنا إليه راجعون. 
إن العين لتدمع وإن القلب ليحزن ولا نقول إلا ما يرضى ربنا وإنا بفراقك يا جدي لمحزونون.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأسكنه فسيح جناتك يا رب العالمين.

Al Fatihah.


Tuan Guru Dato Ahmad bin Mohd Noor Kuala Nerang dalam kenangan.


𝗦𝘆𝗮𝗵𝗶𝗱𝗻𝘆𝗮 𝗨𝗺𝗮𝗿 𝗠𝘂𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿 𝗔𝘀-𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶

$
0
0









 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝟭𝟲 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿, 𝗦𝘆𝗮𝗵𝗶𝗱𝗻𝘆𝗮 𝗨𝗺𝗮𝗿 𝗠𝘂𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿 𝗔𝘀-𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶

Pada hari Rabu pagi, 16 September 1931 tepat pukul 9 pagi, penjajah Itali telah melaksanakan hukuman mati di tiang gantung terhadap Al-Mujahid Syeikh Pahlawan Jihad Umar Mukhtar As-Sanusi.

Ketika As-Syahid Umar Mukhtar As-Sanusi hendak digantung, pesawat terbang Itali telah terbang dalam keadaan rendah dengan bunyi yang sangat nyaring dan bising. Ini supaya agar para penduduk tidak dapat mendengarkan ucapan terakhir dari Singa Padang Pasir ini. 20,000 ribu rakyat Libya telah menyaksikan peristiwa ini. Mereka bangga dengan pengakhiran Umar Mukhtar As-Sanusi.

Inilah tarikh keramat yang banyak dipilih oleh pemimpin-pemimpin untuk dijadikan permulaan sesuatu peristiwa. Tapi tidak kepada Umar Mukhtar As-Sanusi, tarikh inilah beliau pulang mengadap Allah dengan tali gantung sebagai saksi kesyahidannya.

Tenanglah jiwa yang telah menunaikan tanggungjawab selaku seorang Muslim. Negara-negara Islam mengimpikan anak-anak yang lahir menjadi seperti Engkau.

"Aku boleh hilang harta, aku boleh hilang keluarga, aku boleh hilang saudara, aku masih boleh bersabar, Tetapi aku tidak sanggup kehilangan jalan perjuangan ini (Islam), ambillah apa sahaja milik dunia tetapi bukan perjuangan ini". (Syeikh Umar Mukhtar - Lion Of The Desert)

𝗨𝗠𝗔𝗥 𝗠𝗨𝗞𝗛𝗧𝗔𝗥 : 𝗝𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗡𝗝𝗨𝗞 𝗜𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗞𝗦𝗜…

Soal siasat dijalankan kepada Mujahid Islam di Libya Syeikh Umar Muhktar oleh seorang pegawai polis Itali.

Pegawai Polis Itali : Benarkah kamu menentang kerajaan Itali?

Syeikh Umar Mukhtar : Benar sekali.

Pegawai Polis Itali : Kamu juga menghasut orang awam melawan Itali?

Syeikh Umar Mukhtar : Memang benar.

Pegawai Polis Itali : Adakah kamu tahu kesalahan kamu ini boleh dihukum dengan hukuman yang berat?

Syeikh Umar Mukhtar : Ya saya tahu.

Pegawai Polis Itali : Sejak bila kamu melakukan pemberontakan ?

Syeikh Umar Mukhtar : Sejak 10 tahun.

Pegawai Polis Itali : Adakah kamu kesal dengan perbuatan kamu?

Syeikh Umar Mukhtar : Tidak.

Pegawai Polis Itali : Tahukah kamu akan dihukum gantung?

Syeikh Umar Mukhtar : Ya

Mendengar pengakuan Syeikh Umar Mukhtar itu hakim yang mengadili perbicaraan bersuara : Aku amat kesal kerana menamatkan nyawamu dengan cara ini.

Syeikh Umar Mukhtar : Bahkan inilah cara yang terbaik aku mengakhiri hidupku.

Hakim cuba menasihati Syeikh Umar Mukhtar dan menawarkannnya pembebasan jika Syeikh Umar sanggup menghentikan perjuangannya.

Syeikh Umar Mukhtar memandang ke arah hakim dan berkata dengan ungkapan hebatnya :

إن السبابة التي تشهد في كل صلاة أن لا اله الا الله وأن محمدا رسول الله، لايمكن أن تكتب كلمة باطل!

“Sesungguhnya jari telunjuk ini yang menyaksikan setiap kali solat bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah, tidak akan menulis kalimah yang batil.”

Hakim Gersaiana berkata : “Dan apabila dia berdiri sebelum dibawa keluar dari mahkamah. Kelihatan dahinya cerah bercahaya seolah-olah dikelilingi oleh aura yang memancar terang. Jantungku berdebar secara tiba-tiba menyaksikan situasi yang hebat itu. Aku bagaikan berada dalam peperangan dunia di padang pasir lalu tiba-tiba muncul seekor singa yang sangat garang di hadapanku.

Bibirku menggeletar dan tidak ada satu kalimah yang mampu aku ucapkan ketika beliau melalui hadapanku.

Apabila beliau ditanya oleh hakim tentang apakah kata-kata terakhir yang mahu diucapkan setelah menerima hukuman, beliau menjawab dengan ayat al-Quran:

اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَۗ

“Sesungguhnya kepada Allah kita datang dan kepada-Nya jugalah kita kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)

Pihak Itali sengaja menerbangkan kapal perang di atas kawasan hukuman agar ucapan terakhir Syeikh Umar Mukhtar tidak didengari oleh semua yang menyaksikan hukuman mati beliau yang terdiri dari tahanan, banduan dan 20 ribu penduduk tempatan.

Berdasarkan sejarah sebenar, sebelum Umar Mukhtar syahid di tali gantung, beliau telah mengucapkan kata-kata terakhir di hadapan saksi-saksi kematiannya dengan memetik petikan al-Quran, surah al-Fajr ayat 27-30:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ. ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً. فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي.

“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang (tetap dengan kepercayaan). Kembalilah kepada Tuhan-mu dengan keadaan engkau berpuas hati (atas segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (disisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.”

Allahu Akbar...

𝗞𝗘𝗔𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗔𝗥 𝗠𝗨𝗞𝗛𝗧𝗔𝗥 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗜𝗧𝗔𝗟𝗜

Gerakan “Mujahidin Sanusiyyah” yang turut dianggotai oleh Umar Mukhtar telah menggunakan taktik serangan gerila dalam menghadapi penjajahan Itali. Taktik serangan tersebut menyebabkan Itali terpaksa bergelut dengan tentera Islam selama 20 tahun untuk menguasai Libya. Namun, tahun demi tahun kelengkapan perang Itali semakin moden dan canggih sehingga menyebabkan masyarakat Islam merasa rendah diri bahkan ada di kalangan mereka yang sanggup memberikan manfaat kepada Itali kerana habuan, kekayaan dan jaminan bebas cukai dari kerajaan.

Bagaimanapun, dalam menghadapi cabaran seperti itu keazaman Umar Mukhtar dalam menentang penjajahan tetap berterusan walaupun usianya mencecah lebih 70 tahun. Semangat luar biasa itu timbul atas rasa tanggungjawab dan keimanan kepada Allah Taala. Pernah ada seseorang lelaki berkata dengan kata-kata pesimis kepada Umar Mukhtar:

ايطاليا تملك طائرات أنت لا تملكها

“Itali mempunyai pesawat-pesawat perang canggih sedangkan engkau (Umar Mukhtar) tidak mempunyainya.” 

Kemudian Umar Mukhtar bertanya kepadanya:

أتحلق فوق العرش أم تحته؟

“Adakah pesawat itu terbang di atas arash ataupun di bawah arash?” 

Jawab lelaki tersebut, “Di bawah arash.”

Lalu jelas Umar Mukhtar kepadanya:

ما دام من فوق العرش معنا فلن يخيفنا شيء تحته.

“Selagi yang berada di atas takhta itu Pemilik Arash (Allah) bersama kami, maka kami sama sekali tidak akan takut yang berada di bawahnya.”

Kata Umar Mukhtar lagi menasihati pemuda tersebut kerana ragu dengan masa depan Islam yang gemilang:

التردد أكبر عقبة في طريق النجاح.

“Rasa ragu (sangsi terhadap masa depan Islam) adalah sebesar-besar halangan dalam menuju jalan kejayaan.”

Walaupun Umar Mukhtar tidak lagi seteguh ketika zaman mudanya, tetapi semangatnya tetap berkobar menentang penjajahan. Jiwanya masih seteguh “syabab” (pemuda), tidak berganjak sedikitpun untuk terus menggerakkan semboyan jihad menentang kuasa penjajah Itali di Libya. 

Kerajaan Itali pernah terdesak untuk cuba merasuah Umar Mukhtar dengan pengampunan, keistimewaan dalam kerajaan dan ganjaran kekayaan agar beliau menyerah diri. Umar Mukhtar juga ditawarkan oleh Itali untuk menghabiskan baki umurnya di Mekah dengan melaksanakan ibadah haji. Namun, tawaran itu ditolak mentah-mentah oleh Umar Mukhtar sambil beliau mengungkapkan:

إن ثواب الحج لا يفوق ثواب دفاعنا عن الوطن والدين والعقيدة.

“Sesungguhnya pahala menunaikan haji itu tidak sama tingginya dengan pahala kami mempertahankan tanah air, agama dan akidah.”

catatan Ustaz Mawleed Ustaz Ahmad Lutfi 

𝙅𝙊𝙈 𝙄𝙉𝙁𝘼𝙌 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙈𝘼 𝙏𝘼𝙃𝙁𝙄𝙕 𝘼𝙇-𝙌𝙐𝙍𝘼𝙉 𝘼𝙎-𝙎𝙔𝘼𝙍𝙄𝙁 💜

https://tahfizassyarif.onpay.my/order/form/tas01

#AsSyarif

#DakwahUntukSemua

Maulidur Rasul 1443 / 2021 di Yaman

$
0
0

Maulidur Rasul 1443 / 2021 di Yaman.












 

Maulidur Rasul Pondok Tuan Guru Haji Rahim Pendang Kedah

Maulidur Rasul - Majlis Talim Asyairah Kedah tahun ke 8.

Maulidur Rasul bersama Syeikh Majid Humaid Al Yamani.

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam meninggal dunia

$
0
0


 إنا لله وإنا إليه راجعون 

الفاتحة

Telah kembali ke Rahmatullah guru yang amat kami cintai. Bumi nusantara kehilangan sebutir permata ahli sunnah wal jamaah .

Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam Al Nadwi Al Maliki Rahimahullah.


23 Rabiul Awwal 1443H

30 Oktober 2021M

6.45 pagi

Maulidur Rasul di Kedah 1443 / 2021

$
0
0

Maulidur Rasul Tahfiz Al Naim

Kuala Ketil 

Himpunan muhibbin Kedah 

30 okt 2021 hari kewafatan Tuan Guru Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Nadwi Al Maliki.





























 


Maulidur Rasul himpunan Muhibbin Kedah 1443 / 2021

$
0
0

maulidur Rasul dan memperingati Kewafatan Tuan Guru Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam An Nadwi Al Malikki.


























 

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam dalam kenangan.

Next: MAJLIS PENGKISAHAN TUAN GURU SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AN-NADWI AL-MALIKI di Maahad Derang . Oleh Usta Ali Fahmi anakanda Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam. Khulasah dari mafhum yang disampaikan oleh Ustaz Ali tentang Abah beliau dan guru yang kita cintai. 1. Adab dengan ilmu dan tidak sia siakan masa. Almarhum Abuya dirumah suka menulis . Abuya ada bilik khas untuk membaca menulis di rumah. Adab Abuya semasa nak membaca atau menulis beliau akan memakai kopiah dan berpakaian rapi seperti hendak solat. Adab beliau untuk muliakan ilmu. 2. Semangat dalam sebar dakwah. Setelah Ustaz Ali pulang dari Syria beliau khidmat sebagai pemandu kereta Abuya ke mana mana majlis di Malaysia . Sepanjang perjalanan musafir ke mana mana majlis abuya tidak tidur diatas kenderaan . Sepanjang perjalanan Abuya buat buata apa sahaja amalan khusus atau akan buat urusan seperti hubungi murid murid untuk pengurusan pondok atau urusan majlis dan sebagainya . Setelah tiba ditempat majlis abuya terus mengajar 2 - 3 jam . Taufiq dan kekuatan yang Allah anugerah luar biasa kepada abuya . Abuya sangat semangat dalam menyampaikan dakwah. 3. Adab Abuya menghadiri majlis . Sepanjang pengalaman Ustaz Ali membawa Abuya Syeikh Fahmi ke majlis majlis besar seperti maulid bersama Habib Omar , haul halu besar , Abuya berpakaian sederhana dan jarang memakai serban dan ridak . Abuya tidak mahu orang ramai mengalih perhatian kepada beliau disebabkan ingin menghormati ulama dan keberkatan majlis. Jika menyambut kedatangan anak anak guru beliau datang ke Malaysia , Indonesia , Singapura seperti menyambut Abuya Syed Ahmad bin Syed Muhammad Alawai Al Makki , Abuya akan hadir lebih awal terkadang satu ke dua jam lebih awal kerana ghairah menyambut ulama dan ingin meraikan majlis . 4. Abuya sangat pentingkan sunnah. Sepanjang pengalaman ustaz Ali khidmat menjaga abah beliau ketika sakit di Derang dari 7 feb 2021 - 29 mei 2021 Abuya sangat mementingkan sunnah dalah kehidupan harian walaupun ketika sakit. Disaat akhir kewafatan abuya , abuya solat maghrib berjemaah yang terakhir di surau pondok pada hari selasa 26.10.2021 . Setelah itu abuya ke tandas dipimpin oleh adik ustaz Ali yang berada di Banjar Masin iaitu Ustaz Ahmad Mujahid dan pembantu abuya Ustaz Fakhrian Abuya masih amal sunnah dengan sempurna memasuki tandas , setelah itu abuya tidak sedarkan diri hingga wafat pada 30.10.2021 dalam keadaan meamalkan sunnah Rasul hingga ke akhir hayat. 5. Abuya sempat menulis buku terakhir sebagai wasiat dan kenang kenangan kisah kehidupan abuya dan buku itu abuya akhiri nasihat sebagai wasiat buat keluarga, penerus pondok dan murid murid yang mengikuti pengajian beliau . Perkongsian oleh Ustaz Ali bin Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam 8.11.21 Semoga Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam diampun segala dosa , mendapat syafaat Rasul serta mendapat nikmat dan kerehatan di alam barzakh. Moga kita dapat berkumpul bersama Rasulullah , guru kita Syeikh Ahmad Fahmi dan guru guru kita yang lain serta ulama ulama yang mencintai Allah dan Rasul. Al Fatihah. Catatatan Helmi Assyafie 9 Nov 2021 hari ke 11 kewafatan Abuya Syeikh.
$
0
0








 Almarhum Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An Nadwi Al Maliki Rahimahullah pemergian mu dikenang sepanjang zaman  

Siri 1.

Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam yang ku kenali.

Al Fakir tidak belajar banyak cara khusus dengan Abuya , hanya suhbah dengan abuya ketika daurah , majlis maulid dan himpunan ulama sahaja.

Istimewa Abuya dimata hati saya.

1. Penyampaian Abuya jelas .

Dakwah abuya diterima diseluruh alam melayu , khusus di Kedah sebab cara abuya sampaikan kuliah sesuai dengan orang Kedah yang biasa dengan pengajian kitab pondok.

2. Abuya pertahankan manhaj turath tetapi dengan gaya penyampaian dengan gaya bahasa yang mudah, santai dan sesuai dengan zaman .

3. Dakwah abuya jelas membawa manhaj ilmu dan ahli sunnah wal jamaah. Abuya menyampaikan manhaj ahli sunnah wal jamaah dengan cermat dan tidak mengajar membenci dan mencaci selain ahli sunnah , ini menyebabkan kawan dan lawan hormati Abuya.

4. Cara abuya utamakan ilmu dan dakwah mengatasi segala kotak dan sepadan pemikiran sehinggakan ramai masyarakat rasa senang dan selesa dengan dakwah abuya .

Abuya pernah mengatakan " para pendakwah seharusnya meletakan dakwah dan ilmu ini no 1 dari segala apa perkara , yang lain mesti no 2 , 3 jang letak yang lain no 1.

5. Abuya sangat cintakan ahlu bait keluarga Rasulullah. Setiap kali majlis bersama ahlu bait  abuya akan beri perhatian kepada para habaib.

6. Abuya sangat utama majlis kerohanian sepertia maulid , bacaan burdah , majlis zikir , majlis haul ulama dan aulia.Abuya sentiasa hadir dalam keadaan tawaduk harap mendapat keberkatan majlis. Selain majlis ilmu abuya sangat beri perhatian kepada majlis kerohanian. Abuya sering ke mana mana untuk bersama majlis majlis seperti maulid dan halu seluruh nusantara terutama Malaysia , Singapura dan Indonesia.

7. Abuya sangat sayang guru terutama Abah Guru Sekumpul Matapura , Abuya Syed Muhammad Bin Alawi Al Maliki , Syeikh Ali Nadwi dan guru guru yang lain.

8. Gabungan pemikiran guru guru abuya satukan untuk mengajak masyarakat kearah kebaikan . Tokoh yang abuya sangat jiwai antaranya pemikiran Imam Ghazali ,Syeikh Abul Samad Palembang , Abuya Syeikh Muhammad Alwai , Syeikh Ali Nadwi , Abah Guru Sekumpul dan lain lain lagi.

9. Abuya seorang yang teliti dan berperinsip.Nampak lembut tetapi beliau ada pendirian yang teguh .

10. Sangat mengingati murid dan memberi perhatian. Setiap malam abuya doakan semua murid .

11. Abuya sentiasa bawa buku catatan dan tulis apa sahaja maklumat baharu yang beliau dapat.

12. Abuya suka ziarah tempat kerohanian , makam aulia , zawiyah , tempat sejarah seluruh dunia termasuk Mesir , Morocco dan lain lain.

13. Tenang dalam semua hal sebab abuya memandang sesuatu itu dengan pandangan syuhud ahli makrifah semua segala sesuatu telah ditentukan Allah. Kita hanya ikhtiar usaha yang terbaik dan yang lain serah kepada Allah .

14. Sentiasa fikir ummah. Menguruskan 5 pasantren yang ada di Banjar Masin , Sabah dan Kedah . Majlis talim beliau di merata rata tempat . Walau sakit tetapi gigih sampaikan dakwah.

15. Semasa sakit sangat pentingkan ibadah menyiapkan persiapan ke alam baqa.

Al Fatihah

Pemergian mu dikenang sepanjang zaman.

Sentiasa dirindui. Semoga mendapat syafaat Rasulullah , moga tenang rehat dialam barzakh. 

Helmi Assyafie 

2 nov 2021.

6.45 petang.

MAJLIS PENGKISAHAN TUAN GURU SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AN-NADWI AL-MALIKI di Maahad Derang . Oleh Usta Ali Fahmi anakanda Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam. Khulasah dari mafhum yang disampaikan oleh Ustaz Ali tentang Abah beliau dan guru yang kita cintai. 1. Adab dengan ilmu dan tidak sia siakan masa. Almarhum Abuya dirumah suka menulis . Abuya ada bilik khas untuk membaca menulis di rumah. Adab Abuya semasa nak membaca atau menulis beliau akan memakai kopiah dan berpakaian rapi seperti hendak solat. Adab beliau untuk muliakan ilmu. 2. Semangat dalam sebar dakwah. Setelah Ustaz Ali pulang dari Syria beliau khidmat sebagai pemandu kereta Abuya ke mana mana majlis di Malaysia . Sepanjang perjalanan musafir ke mana mana majlis abuya tidak tidur diatas kenderaan . Sepanjang perjalanan Abuya buat buata apa sahaja amalan khusus atau akan buat urusan seperti hubungi murid murid untuk pengurusan pondok atau urusan majlis dan sebagainya . Setelah tiba ditempat majlis abuya terus mengajar 2 - 3 jam . Taufiq dan kekuatan yang Allah anugerah luar biasa kepada abuya . Abuya sangat semangat dalam menyampaikan dakwah. 3. Adab Abuya menghadiri majlis . Sepanjang pengalaman Ustaz Ali membawa Abuya Syeikh Fahmi ke majlis majlis besar seperti maulid bersama Habib Omar , haul halu besar , Abuya berpakaian sederhana dan jarang memakai serban dan ridak . Abuya tidak mahu orang ramai mengalih perhatian kepada beliau disebabkan ingin menghormati ulama dan keberkatan majlis. Jika menyambut kedatangan anak anak guru beliau datang ke Malaysia , Indonesia , Singapura seperti menyambut Abuya Syed Ahmad bin Syed Muhammad Alawai Al Makki , Abuya akan hadir lebih awal terkadang satu ke dua jam lebih awal kerana ghairah menyambut ulama dan ingin meraikan majlis . 4. Abuya sangat pentingkan sunnah. Sepanjang pengalaman ustaz Ali khidmat menjaga abah beliau ketika sakit di Derang dari 7 feb 2021 - 29 mei 2021 Abuya sangat mementingkan sunnah dalah kehidupan harian walaupun ketika sakit. Disaat akhir kewafatan abuya , abuya solat maghrib berjemaah yang terakhir di surau pondok pada hari selasa 26.10.2021 . Setelah itu abuya ke tandas dipimpin oleh adik ustaz Ali yang berada di Banjar Masin iaitu Ustaz Ahmad Mujahid dan pembantu abuya Ustaz Fakhrian Abuya masih amal sunnah dengan sempurna memasuki tandas , setelah itu abuya tidak sedarkan diri hingga wafat pada 30.10.2021 dalam keadaan meamalkan sunnah Rasul hingga ke akhir hayat. 5. Abuya sempat menulis buku terakhir sebagai wasiat dan kenang kenangan kisah kehidupan abuya dan buku itu abuya akhiri nasihat sebagai wasiat buat keluarga, penerus pondok dan murid murid yang mengikuti pengajian beliau . Perkongsian oleh Ustaz Ali bin Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam 8.11.21 Semoga Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam diampun segala dosa , mendapat syafaat Rasul serta mendapat nikmat dan kerehatan di alam barzakh. Moga kita dapat berkumpul bersama Rasulullah , guru kita Syeikh Ahmad Fahmi dan guru guru kita yang lain serta ulama ulama yang mencintai Allah dan Rasul. Al Fatihah. Catatatan Helmi Assyafie 9 Nov 2021 hari ke 11 kewafatan Abuya Syeikh.

$
0
0



 MAJLIS PENGKISAHAN TUAN GURU SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AN-NADWI AL-MALIKI  di Maahad Derang .

Oleh Usta Ali Fahmi  anakanda Abuya Syeikh  Ahmad Fahmi Zamzam.

Khulasah dari mafhum yang disampaikan oleh Ustaz Ali tentang Abah beliau dan guru yang kita cintai.

1. Adab dengan ilmu dan tidak sia siakan masa.

Almarhum Abuya dirumah suka menulis .Abuya ada bilik khas untuk membaca menulis di rumah. Adab Abuya semasa nak membaca atau menulis beliau akan memakai kopiah dan berpakaian rapi seperti hendak solat. Adab beliau untuk muliakan ilmu.

2. Semangat dalam sebar dakwah.

Setelah Ustaz Ali pulang dari Syria beliau khidmat sebagai pemandu kereta Abuya ke mana mana majlis di Malaysia . Sepanjang perjalanan musafir ke mana mana majlis abuya tidak tidur diatas kenderaan . Sepanjang perjalanan Abuya buat buata apa sahaja amalan khusus atau akan buat urusan seperti hubungi murid murid untuk pengurusan pondok atau urusan majlis dan sebagainya . Setelah tiba ditempat majlis abuya terus mengajar 2 - 3 jam . Taufiq dan kekuatan yang Allah anugerah luar biasa kepada abuya . Abuya sangat semangat dalam menyampaikan dakwah.

3. Adab Abuya menghadiri majlis .

Sepanjang pengalaman Ustaz Ali membawa Abuya Syeikh Fahmi ke majlis majlis besar seperti maulid bersama Habib Omar , haul halu besar , Abuya berpakaian sederhana dan jarang memakai serban dan ridak . Abuya tidak mahu orang ramai mengalih perhatian kepada beliau disebabkan ingin menghormati ulama dan keberkatan majlis.

Jika menyambut kedatangan anak anak guru beliau datang ke Malaysia , Indonesia , Singapura seperti menyambut Abuya Syed Ahmad bin Syed Muhammad Alawai Al Makki , Abuya akan hadir lebih awal terkadang satu ke dua jam lebih awal kerana ghairah menyambut ulama dan ingin meraikan majlis .

4. Abuya sangat pentingkan sunnah.

Sepanjang pengalaman ustaz Ali khidmat menjaga abah beliau ketika sakit di Derang dari 7 feb 2021 - 29 mei 2021 Abuya sangat mementingkan sunnah dalah kehidupan harian walaupun ketika sakit.

Disaat akhir kewafatan abuya , abuya solat maghrib berjemaah yang terakhir di surau pondok pada hari selasa 26.10.2021 . Setelah itu abuya ke tandas dipimpin oleh adik ustaz Ali yang berada di Banjar Masin iaitu Ustaz Ahmad Mujahid dan pembantu abuya Ustaz Fakhrian Abuya masih amal sunnah dengan sempurna memasuki tandas , setelah itu abuya tidak sedarkan diri hingga wafat pada 30.10.2021 dalam keadaan meamalkan sunnah Rasul hingga ke akhir hayat.

5. Abuya sempat menulis buku terakhir bertajuk " Alhamdulillah umurku genap 63 tahun"  sebagai kenang kenangan kisah kehidupan abuya dan buku itu abuya akhiri nasihat sebagai wasiat buat keluarga, penerus pondok dan murid murid yang mengikuti pengajian beliau .

Perkongsian oleh Ustaz Ali bin Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam 8.11.21

Semoga Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam diampun segala dosa , mendapat syafaat Rasul serta mendapat nikmat dan kerehatan di alam barzakh. Moga kita dapat berkumpul bersama Rasulullah , guru kita Syeikh Ahmad Fahmi dan guru guru kita yang lain serta ulama ulama yang mencintai Allah dan Rasul.

Al Fatihah.

Catatatan Helmi Assyafie 

9 Nov 2021 hari ke 11 kewafatan Abuya Syeikh.



















Nahdhatul Ulama Malaysia NA'

Previous: MAJLIS PENGKISAHAN TUAN GURU SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AN-NADWI AL-MALIKI di Maahad Derang . Oleh Usta Ali Fahmi anakanda Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam. Khulasah dari mafhum yang disampaikan oleh Ustaz Ali tentang Abah beliau dan guru yang kita cintai. 1. Adab dengan ilmu dan tidak sia siakan masa. Almarhum Abuya dirumah suka menulis . Abuya ada bilik khas untuk membaca menulis di rumah. Adab Abuya semasa nak membaca atau menulis beliau akan memakai kopiah dan berpakaian rapi seperti hendak solat. Adab beliau untuk muliakan ilmu. 2. Semangat dalam sebar dakwah. Setelah Ustaz Ali pulang dari Syria beliau khidmat sebagai pemandu kereta Abuya ke mana mana majlis di Malaysia . Sepanjang perjalanan musafir ke mana mana majlis abuya tidak tidur diatas kenderaan . Sepanjang perjalanan Abuya buat buata apa sahaja amalan khusus atau akan buat urusan seperti hubungi murid murid untuk pengurusan pondok atau urusan majlis dan sebagainya . Setelah tiba ditempat majlis abuya terus mengajar 2 - 3 jam . Taufiq dan kekuatan yang Allah anugerah luar biasa kepada abuya . Abuya sangat semangat dalam menyampaikan dakwah. 3. Adab Abuya menghadiri majlis . Sepanjang pengalaman Ustaz Ali membawa Abuya Syeikh Fahmi ke majlis majlis besar seperti maulid bersama Habib Omar , haul halu besar , Abuya berpakaian sederhana dan jarang memakai serban dan ridak . Abuya tidak mahu orang ramai mengalih perhatian kepada beliau disebabkan ingin menghormati ulama dan keberkatan majlis. Jika menyambut kedatangan anak anak guru beliau datang ke Malaysia , Indonesia , Singapura seperti menyambut Abuya Syed Ahmad bin Syed Muhammad Alawai Al Makki , Abuya akan hadir lebih awal terkadang satu ke dua jam lebih awal kerana ghairah menyambut ulama dan ingin meraikan majlis . 4. Abuya sangat pentingkan sunnah. Sepanjang pengalaman ustaz Ali khidmat menjaga abah beliau ketika sakit di Derang dari 7 feb 2021 - 29 mei 2021 Abuya sangat mementingkan sunnah dalah kehidupan harian walaupun ketika sakit. Disaat akhir kewafatan abuya , abuya solat maghrib berjemaah yang terakhir di surau pondok pada hari selasa 26.10.2021 . Setelah itu abuya ke tandas dipimpin oleh adik ustaz Ali yang berada di Banjar Masin iaitu Ustaz Ahmad Mujahid dan pembantu abuya Ustaz Fakhrian Abuya masih amal sunnah dengan sempurna memasuki tandas , setelah itu abuya tidak sedarkan diri hingga wafat pada 30.10.2021 dalam keadaan meamalkan sunnah Rasul hingga ke akhir hayat. 5. Abuya sempat menulis buku terakhir sebagai wasiat dan kenang kenangan kisah kehidupan abuya dan buku itu abuya akhiri nasihat sebagai wasiat buat keluarga, penerus pondok dan murid murid yang mengikuti pengajian beliau . Perkongsian oleh Ustaz Ali bin Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam 8.11.21 Semoga Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam diampun segala dosa , mendapat syafaat Rasul serta mendapat nikmat dan kerehatan di alam barzakh. Moga kita dapat berkumpul bersama Rasulullah , guru kita Syeikh Ahmad Fahmi dan guru guru kita yang lain serta ulama ulama yang mencintai Allah dan Rasul. Al Fatihah. Catatatan Helmi Assyafie 9 Nov 2021 hari ke 11 kewafatan Abuya Syeikh.
$
0
0

Maulidur Rasul dan Muzakarah Ulama Pondok anjuran Nahdhatul Ulama Malaysia NAAM Malaysia 20.11.2021

Di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya Selangor.




















































































Kitab Bakhurahtul Amani dibaca oleh Tuan Guru Haji Salleh bin Musa Sik

$
0
0


 Rakaman Audio Syarah Kitab Bakuratul Amani oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa (43 Siri - Khatam)


https://www.youtube.com/playlist?list=PLZITIZp0H0rTeoEU4Fjcn15fKm5Zse8QS


PDF Kitab Bakuratul Amani:


https://archive.org/download/TabsirahAlAdani/Tabsirah%20al-Adani.pdf

Viewing all 738 articles
Browse latest View live